Lumrah Kehidupan

Assalammualaikum,

Apa yang dikisahkan di bawah ini sekadar cerita rekaan untuk memberikan kita semangat dalam kehidupan ini agar terus hidup dan berjasa kepada agama, bangsa, dan negara.

Pada suatu hari, Ahmad sedang duduk dibangku di hadapan sebuah tasik berdekatan rumahnya. Masa sudah pun mencecah jam 6.00 petang dan cuaca juga agak baik.

Kelihatan beberapa individu juga sedang bersenam dan ada yang sekadar berborak dan berjalan disekeliling tasik tersebut.

Ahmad memandang ke hadapan dan sambil berfikir. Berfikir kenapa dia sekadar bekerja makan gaji dan adakala membuat kerja-kerja sampingan untuk menambah pendapatan.

Apa yang difikirkan dalam mindanya juga agak serabut kerana beliau dalam dirinya mengakui sudah selesa dengan hidup. Memiliki kereta yang agak baik, rumah serta keluarga yang agak baik dan selesa kehidupannya.

Namun jaduh disudut hatinya, dirasakan kenapa dia harus membuat semua ini dan apa sebenarnya yang hendak dicapai dalam kehidupan ini.

Semua amalan agama dipatuhi oleh Ahmad seperti solat lima waktu dan sebagainya. Namun terasa kekosongan dari segi isi kehidupan ini kerana merasakan terdapat sesuatu yang kurang dalam dirinya.

Tidak berapa lama kemudian, datang seseorang yang berusia dalam lingkungan 60-an yang sudah lama memerhatikan Ahmad ini. Pakcik Rahman pun datang dan menyapa Ahmad.

Pakcik Rahman: Assalammualaikum, jauh termenung nak?

Ahmad: Waalaikumsalam Pakcik, sekadar berfikir berkaitan kehidupan saya ini.

Pakcik Rahman: Apa yang tak kena dengan kehidupan anak ini? Saya lihat anak ni seperti seorang yang sudah berjaya dan selesa dalam kehidupan.

Ahmad : Saya akui perkara tersebut, tetapi dirasakan ada bahagian yang kosong dalam diri ini yang membuatkan saya terfikir apakah yang saya tercari-cari dalam kehidupan. Maksud saya, saya ada memiliki kesemuanya tetapi tidaklah sehebat yang lebih kaya dan selesa dari saya. Saya ada mempunyai kereta yang baik tetapi bukanlah yang mewah atau memiliki kereta supercar seperti orang lain.

Saya juga ke masjid untuk berjemaah dan adakalanya saya macam mahu jadi orang yang suka sangat dalam agama ni.

Entahlah, pelbagai benda dalam diri saya ini yang saya rasa macam tak puas juga dengan apa yang saya buat ini.

Pakcik Rahman: Oh, begitu ke? hm. Macam ni Ahmad, katakan Ahmad ingin memasak untuk keluarga pada hari esok bersama-sama isteri. Ahmad akan ke pasar dan kedai untuk membeli barang. Apa yang Ahmad akan beli?

Ahmad: Mungkin saya akan beli tiga ekor ikan siakap, kemudian diiringi udang dalam 5 kilogram untuk goreng tepun dan beberapa bahan lain.

Pakcik Rahman: Kenapa taknak beli 20 ekor ikan siakap atau 40 Kg udang?

Ahmad: Eh, takkan saya nak sebanyak itu kot. keluarga saya jumlahnya tujuh orang aje. dengan anak-anak saya lima orang dan ada yang dah bekerja. Buat apa nak beli banyak2 melainkan saya nak buat kenduri besar-besaran. Itupun mungkin saya panggil orang untuk tolong lagilah jika nak masak 20 ekor ikan siakap tu atau pesan aje katering.

Pakcik Rahman: Jadi dapat tangkap tak apa yang pakcik cuba sampaikan?

Ahmad : Maksud pakcik?

Pakcik Rahman: Jika seseorang itu dapat mencari apakah yang benar-benar diperlukan oleh dirinya. Pasti dia akan berjaya dunia dan akhirat. Seperti yang Ahmad katakan tadi, takkan nak beli 20 ekor ikan siakap untuk keluarga sebesar tujuh orang? mesti yang secukupnya.

Dan, badan kita juga tahu apa yang cukup dan apa padahnya jika terlebih makan. Sama seperti jika makan banyak makanan bergula atau bergaram, pasti datang penyakit pada masa hadapan.

Maka, jika diperhatikan balik, adalah lebih baik kita mencari dan menentukan apa yang benar-benar diperlukan oleh kita. Seperti yang kita doa pada Allah. Allah memang akan perkenankan doa, tetapi Allah akan perkenankan apa yang terbaik untuk kita.

Firman Allah SWT: “Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.” (surah At-Thalaq, ayat 3)

Ahmad : Oh, begitu… baru saya dapat tahu apa yang sebenarnya yang saya perlu dalam kehidupan ini.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: