Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Saya sudah lama tidak menulis atas kesibukan keluarga, pekerjaan dan juga beberapa perkara lain melibatkan persatuan saya (www.maltesas.org).
Sebenarnya banyak sahaja mahu menulis disebabkan facebook boleh menjadi medan baru untuk mendapatkan maklumat (namun harus ditapis terlebih dahulu).
Tiada tajuk untuk dibincangkan sebenarnya.
Saya cuma letak tajuk di atas disebabkan kedua-duanya sebenarnya cukup sama sekali sifatnya.
Manusia terdiri dari pelbagai ragam dan kerenah
Puasa pula terdiri daripada pelbagai jenis dan tahap
Ada manusia yang suka lihat dan dengar sahaja
Ada manusia yang suka menulis dan mencadang sahaja
Ada yang suka menulis dan melihat komen orang tanpa membalas sebarang komen orang tersebut.
Ada yang suka komen sahaja dan tanpa melihat kembali respon.
Puasa juga begitu
Ada yang sekadar menahan lapar dan dahaga
Ada yang benar-benar memanfaatkan
Tetapi hakikatnya puasa itu suatu ibadah tetap yang jika dibuat dengan betul insyaAllah ganjarannya sangat besar.
Namun amat diakui manusia ini paling banyak sekali ragamnya.
Ada yang jenis menunjuk apa yang dimiliki dengan niat agar semua orang harus berusaha seperti dia.
Ada yang jenis tak tunjuk tapi tunjuk dia menderma macam2.
Ada yang tiada akaun facebook langsung tetapi banyak menderma dan kaya.
Dan pelbagai lagi.
Bagi saya, tiada salahnya nak buat apa di dunia ini. Asalkan memanfaatkan.
Niat hanya anda dan Allah sahaja tahu. Usah peduli orang kata kita ni ikhlas atau riak.
Dosa dan pahala Allah tentukan.
Mereka boleh menasihatkan tetapi anda yang melaksanakan.
Untuk berjaya anda harus jadi diri anda.
Apa yang anda minat anda perlu teruskan.
Jika ditimpa musibah, tenangkan diri dan kembali semua ke keadaan baru dan cergas.
Hidup ini sekejap sahaja.
Usah buang masa melayan semua kerenah manusia.
Baik anda fikir apa anda akan buat esok
Apa yang berlaku semalam tinggalkan dan abaikan
Cuma ambil yang baik untuk jadikan hari berikutnya lebih baik.
Teruskan hidup dan hadapi cabaran.
Ignore others who put you on negative.
Move forward and accelerate.
