Salam,
Dalam puluhan persidangan yang telah saya anjurkan dan menguruskan kertas kerja (paper) peserta, terdapat pelbagai ragam dan perkara yang mungkin tidak masuk akal akan berlaku.
Walaupun ianya hanya sekadar 3 – 5% sahaja dari kesemua peserta yang begitu. Namun kesannya kepada publication amat besar kerana perlu melayan kerenah mereka ini.
Baiklah, mari kita lihat satu persatu apa yang 3% hingga 5% ini buat sehinggakan menyebabkan anda rasa tidak masuk akal walaupun mereka ini bergelar doctorate bahkan Professor!
1. Format Confirm tak ikut
Ya. Ini spesis yang main hentam submit sahaja tanpa ikut format. Majoriti bersifat demikian. Maksud saya majoriti dari 3% hingga 5% ini bersikap sedemikian. Walaupun pelajar mereka yang tulis tetapi pemantauan tidak dibuat. Apa yang saya buat adalah sudah pasti REJECT terus tanpa review – Hantarkan email Rejected due to the wrong format. Resubmit for another consideration with a right format.
Spesis ini memang tidak akan makan saman dan berterusan ada sehingga bila-bila pun.
2. Spesis Tak Ikut Deadline
Ya, Paper memang sudah dibayar tetapi Final Manuscriptnya tidak ikut deadline. Sudah di beri amaran banyak kali atau reminder banyak kali. Dan bila tiba masa dah settle editing dan sebagainya tiba2 mereka ini hantar final manuscript tanpa rasa malu dan segan. Pada mulanya kami akan tidak akan layan tetapi memandangkan mereka dah hantar kami proses juga. Tetapi jika dah lewat, maaf tidak dilayan email tersebut dan email tersebut diletakkan dalam Ban List.
3. Spesis lambat bayar walaupun diberi tempoh lanjutan sehingga dua bulan selepas conference
Ini juga termasuk dalam kategori majoriti jugak dari 3% hingga 5%. Dah bagi tempoh sehingga sebulan ke dua bulan tapi payment masih tak settle. Maka DISEBABKAN INILAH, Guarantee Letter = tak dilayan dan payment hanya berkisar Cash, Kredit Kad atau Paypal sahaja. Lain2 kali anggap tak settle lagi.
4. Spesis Jenis Super Was-Was.
Was-was ini memang penyakit. Dah tulis “Accepted papers will be published in XXXX” pun masih bertanya lagi “Are you sure this paper will be published in XXXX?”.
Lol, ini spesis was-was tahap kronik yang saya rasa kehidupannya sering bertanya benda yang sudah terang lagi nyata. Biasa kami layan juga dan kadang-kadang kami ignore aje email dan delete terus.
5. Spesis tak sabar bila terbit.
Mungkin author ni ingat hari ini pergi conference maka esok dah terbit dalam publication. LOL. Ini antara paling kelakar tapi kami jawab dalam template aje. Mujur kami ada Registration Terms and Conditions yang meletakkan Paper Publication akan ambil masa sehingga 12 bulan. Cuba jawab conference mana yang akan menerbitkan paper mereka (terutama Jurnal) dalam tempoh kurang 3 bulan. Majoritinya 6 bulan ke 12 bulan bahkan sehingga 2 tahun.
.
.
Kesimpulan
Ini adalah cabaran2 yang dihadapi dan kami galas setiap kali anjur persidangan. Biasalah, kepandaian ada hadnya. Ada bahagian mereka nampak seperti Professor hebat dan ada kalanya mereka punya akal serendah kaldai.
Pendek kata, itu tandanya manusia tidak sempurna.