Salam,
Anda bangun pagi dan kemudian uruskan kehidupan anda dan buka facebook sekejap
Pergi kerja dan kemudian melalui rutin harian seperti biasa tanpa sebarang cabaran
Balik dan kemudian mengamalkan rutin harian seperti biasa.
Di facebook,
Ustaz2 bertelagah
Dilarang dan dihentam pun ada.
Nak komen takut dikata apa pula
Tak komen hati rasa sabar aje tapi macam nak nyatakan hasrat juga.
Sama juga di luar,
Nak berani takut
Tapi bila takut apa tak jadi
Jadilah tunggul macam takdak apa2.
Biarkan aje apa2 berlaku tanpa perubahan
Ikut sahaja tanpa bangkangan sedangkan idea penuh dikepala
Nak play safe
Supaya gaji tu tak dicabut oleh majikan
Sedangkan kalua organisasi bankrap bukan dia boleh tolong anda pun
Sedangkan jika dia nak buang, dia buang juga akibat masalah ekonomi
Apa anda nak buat?
Penat?
Penat nak komen atau penat bersabar aje?
Lelah?
Semput?
Jadi.
Jadi apa?
.
.
Jadi berani
Anda nak lalu benda yang sama setiap hari dengan perasaan takut?
Nak lepaskan peluang?
Jadi
Buat apa yang anda fikir mampu boleh buat.
Cabar diri anda
Buktikan anda pembawa kebenaran
Ingat matlamat utama adalah Allah
Allah S.W.T. MAHA BERKUASA
Bukan manusia atau makhluk lain
Allah sahaja
Jadi berani
Tingkatkan apa yang perlu anda buat.
Cuba pelbagai benda yang boleh menampung hidup anda jika anda rasakan anda boleh mengubahnya
Jangan penat.
Hidup ini satu perjalanan
Anda nak gerak slow atau laju?
Gerak laju macam2 boleh buat.
Jadi Hebat.
Jangan jadi Lembab
Hebat untuk mencuba segala yang baik dan bermanfaat
Buktikan kepada masyarakat anda hebat
Anda wujud
Anda ini seorang pemikir
Jangan penat
Jangan penat sampai mati
Teruskan “hidup” sehingga sampai ajal
Perjuangan mesti sentiasa “on”
Sentiasa hebat sentiasa berani
Jadi Berani dan Hebat!!!!!