Salam,

Sepanjang saya menguruskan persidangan dari awal 2011 sehingga sekarang. Ada lebih kurang hampir 1% orang yang saya boleh anggap mereka sebagai perfectionist.

Mereka ini menganggap hanya mereka betul dan sebarang perkara yang remeh temeh juga dipandang secara serius.

Bukannya bermaksud remeh temeh itu tidak dipedulikan. Tetapi remeh temeh yang dimaksudkan adalah seperti (contoh sahaja bagi nak orang faham):

1) Menyalahkan jarak tandas ke bilik seminar yang jauh kepada organiser atau pihak hotel

2) Papan tanda tidak dibuat (sedangkan tempat bilik seminar tersebut hanya sebaris koridor sahaja)

3) Ketiadaan akses internet (walaupun hak penganjur nak sediakan ke tidak – tetapi memang kita akan pastikan hotel sediakan)

Dan pelbagai lagi

Kemudian ada lagi seperti bertanyakan dalam email sehingga 6,7 soalan yang sememangnya jawapan sudah diketahui seperti adakah deadline penghantaran kertas kerja Final seperti yang ditulis dalam laman web, Adakah boleh author letakkan di laman web persendirian kertas kerja dahulu, apakah itu SCOPUS, bagaimana peranan session chair, dan pelbagai lagi soalan yang boleh dicari sendiri di Google. 

Sebenarnya memang sgt tidak ramai sebegini kerana ianya melibatkan orang yg baru first time hantar tetapi supervisor tidak pernah beritahu jawapan2 di atas. 

Akibatnya student mereka terpaksa cari sendiri jawapan dan bertanyakan soalan2 mcm2. 

Ada yang buat bodo aje dan ada yg banyak bertanya seperti perfectionist yg langsung tidak boleh tengok sesuatu yg tidak sempurna dan kesalahan.

Mereka hidup penuh dengan peraturan dan bila bersendirian pun peraturan buatan manusia dipegang erat. Tiada konsiderasi mahupun perbincangan lanjut yang ingin dilakukan. 

Apa yang dimahukan oleh mereka mesti dipenuhi dan mereka berhempas pulas mempertahankan diri mereka walaupun semuanya sudah tertera pada Terma Dan Syarat.

Namun, itulah manusia dan telatah mereka pada pandangan saya sendiri. 

Bagi saya, yang penting dapat diselesaikan segala masalah secepat mungkin dan memaafkan atau meminta maaf sahaja. 

Manalah dunia ini sempurna. Semua ada penamatnya dan semua manusia biasa berdosa.

Sekadar pandangan

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s