Assalammualaikum,
Berdasarkan tajuk, memang saya sendiri pun sukar nak memperbanyakkan perkara positif melebihi negatif tetapi sudah memang ke arah begitu.
Lihat sahajalah berita berita yang diinternet.
Kalau boleh rasa marah dan nak just post di facebook dengan rasa marah dan nak cakap bukan2.
Tetapi hakikatnya itu seperti salah pula kerana ianya melibatkan perkara negatif walaupun pendapat saya negatif yang kena diberitahu.
Contoh berita rasuah, berita jenayah dan berita2 yang membuatkan kita nak kutuk dan seterusnya post share balik di facebook sambil cakap dengan perkataan yang marah.
Memanglah betul, tetapi rasanya saya perlu positifkan perkara tersebut.
Mungkin dengan share tetapi menerangkan dengan baik untuk tauladan kepada kita semua.
Yup, memang itu yang saya akan buat.
Dunia sekarang ini pun penuh fitnah seperti yang disebut dalam tanda2 kiamat fitnah berleluasa. Jadi perkara ini memang tak dapat dielakkan TETAPI kita boleh kurangkan agar bukan kita agen penyebar fitnah.
Selidiki dahulu dan sebarkan kebenaran.
Memang betul terasa dalam hati yang kita penat bekerja akhirnya ada orang makan rasuah dan dapat jadi kaya mudah.
Tetapi ketahuilah, hidup mereka tidak tenteram pun.
Sesuatu yang salah jika dibuat oleh orang yang jaga agamanya akan terasa itu salah.
Tetapi jika hati sudah hitam, perasaan itu hilang. Oleh itu hati2lah sebelum ianya menjadi hitam dan tidak lagi rasa bersalah dalam melakukan dosa.
Sekadar coretan di pagi sabtu ini. 14 Januari 2017. 5.51 pagi. Kuala Lumpur.