Salam,
Tahun 2017 ni merupakan tahun aktif semula menulis di blog saya ni.
Bukan apa setelah sekian lama tidak menulis, terasa pula pentingnya catatan hidup ditulis di sebuah laman web agar menjadi suatu sejarah kehidupan buat saya dan keluarga untuk masa hadapan.
InsyaAllah ianya akan berkekalan sehingga berpuluh tahun lamanya.
Melainkan syarikat Automatic ini bankrap maka saya tak boleh buat apa2. Tapi backup ada dibuat so boleh transfer to other domain/hosting.
Automatic merupakan syarikat yang mengeluarkan WordPress.
Saya ada kira2 hampir 40 domain dan hosting di bawah WordPress ini.
Ok berbalik kepada topik di atas.
Just dont overdo it.
Tajuk yang mudah di mana saya sering berfikir mengenainya.
Ianya melibatkan kerjaya dan keluarga.
Dalam kehidupan dunia ini, dua ini yang perkara pokok iaitu kerjaya dan keluarga.
Yang lain itu bukan tak perkara penting tetapi adalah kewajipan contohnya kepatuhan kita kepada Allah S.W.T dan RasulNya serta AlQuran dan Hadith (semestinya), dan juga seperti hobi, dan lain2.
Jadi kerjaya dan keluarga ini sesuatu yang selalu berkait rapat.
Kita bekerja untuk keluarga, minat dan masyarakat.
Ada kalanya kita terpaksa melebihkan kerjaya disebabkan pada ketika itu kerja amat memerlukan kita.
Contohnya projek2 yang tergempar dan perlu diselesaikan dalam tempoh tertentu.
Tetapi harus ada timbal balik.
Maksudnya selepas itu, ada cuti dan masa free yang panjang untuk bersama keluarga.
Maka itu sangat bagus.
Bermaksud kita menyeimbangkan kehidupan untuk kerjaya dan keluarga.
Keluarga memang penting tetapi ada kalanya ruang untuk kerjaya itu perlu di beri
Kerjaya memang penting tetapi ruang untuk keluarga itu wajib ada.
Kita tidak boleh sentiasa 100% masa diberi kepada kerjaya dan langsung tidak memikirkan keluarga.
Ada kalanya majikan menekankan pekerjanya sehinggakan selepas projek 1 tamat, diberi pula projek 2 dan seterusnya non stop. Gaji memang besar tetapi keluarga membesar tanpa anda.
Ahli keluarga tidak kenal anda dan akhirnya anda berseorangan sebenarnya dalam dunia ini.
Kewujudan toleransi kehidupan antara keluarga dan kerjaya itu penting. Agama itu sudah pasti kerana ianya kewajipan yang tidak perlu disebut.
Apa2 pun agama tetap No.1 mengatasi kerjaya dan keluarga.
Oleh itu, saya sentiasa pastikan ada kalanya saya perlu kata cukup kepada sesuatu tugas berkaitan kerja kepada diri saya. Alihkan kerja tersebut kepada anak buah atau jawatankuasa lain. Spread the job tasks equally to others and dont do it yourself alone.
Sebab itu pentingnya, ketua yang merancang betul2 agar tidak semua dibuatnya. Manfaatkan team dan bagi semua ahli dalam pasukan bekerja seimbang.
Ketua yang bagus bukan ketua yang buat semuanya dan bukan juga yang bagi orang lain buat semuanya.
Kesederhaan penting.
Maka disitulah, Islam meletakkan KESEDERHANAAN itu as first priority.
Jangan langsung berlebihan.
Gula jgn terlebih atau terkurang.
Permakanan jangan terlebih atau terkurang.
Senaman perlu dan jangan overdo.
Oleh itu, jawapan kepada kehidupan ini adalah Kesederhanaan.
Dengan kesederhanaan, hidup anda tenang dan insyaAllah diberkati Dan dirahmati Allah S.W.T
2.19 pagi. Ahad. 15 Januari 2017. Kepong, Kuala Lumpur