Salam,
Saya terfikir untuk menghasilkan tulisan ini sebagai peringatan kepada diri sendiri yang juga selalu lupa.
Maklumla dunia serba mencabar ini menyebabkan sesuatu yang kita sering terlupa.
Pagi semalam sekitar jam 8-9 pagi terdengar radio IKIM menemuramah seorang remaja perempuan yang telah diselamatkan oleh badan kebajikan ini (tak ingat pula nama apa) dan menceritakan bagaimana kehidupannya. Berikut merupakan apa yang penting saya dengar:
- Terjebak dadah usia 13 tahun
- Dapat UPSR yang elok 3A 2B walaupun keadaan keluarga sangat teruk
- Sepanjang terjebak dadah dan macam2 perkara pernah rasa nak insaf tetapi tiada orang sekeliling nak peduli dan bawa ke arah kebaikan
- Keluarga memang carca merba dan sehingga saat interview ini pun dia mengatakan keluarga tak pernah jenguk dia.
- Dan pelbagai lagi
Kemudian saya membaca pula artikel2 di facebook, di internet dan pelbagai lagi sumber berita yang menunjukkan betapa teruknya keadaan umat sekarang.
Ini yang saya merasakan bahawa parenting yang bagus semakin berkurangan akibat nafsu dunia.
Saya banyak kali terlepas jogging kerana melayan kerenah anak saya.
Saya antara aktiviti melibatkan saya sendiri dan aktiviti anak, saya akan pastikan anak saya sendiri boleh benarkan saya keluar berjogging atau melakukan aktiviti saya yg lain sendiri.
Saya tidak akan berbohong untuk melepaskan diri dari sesuatu supaya kelak dia tidak berbohong kepada kita.
Jangan sesekali membohongi budak atau anak kecil. Tanam dalam diri jauhi sifat bohong. Cakap yang benar dan pujuk anak untuk sesuatu yang kita ingin lakukan tanpa gangguan.
Sebab itulah saya tak jadi jogging atau main game jika anak saya nak saya bermain dengannya.
Parenting ni mmg susah. Tetapi kena lakukan agar anak ini dididik dengan penuh kasih sayang dan melengkapi dirinya.
Jadikan mereka manusia yang memang menyukai kita dan keluarga adalah yang utama.
Tanamkan sifat2 kebaikan.
Kita ni hidup lama mana pun. Sekarang pun saya rasa 70-80 average.
So, kita didik dengan betul dan tunjuk apa itu baik apa itu jahat.
Jangan salahkan teknologi.
Salahkan diri sendiri. Siapa yang belikan dan siapa yang tidak pantau?
Teknologi menjadikan kita lebih baik sebenarnya dengan pemantauan dan teknik yang betul.
Youtube boleh jadi sumber ilmu kepada kita tetapi boleh jadi sumber fitnah/buruk kepada kita juga.
Oleh itu, jaga dan tingkatkan ilmu parenting.
Utamakan keluarga.
Saya pun dah dua-tiga minggu tak jogging disebabkan menjaga anak saya waktu petang menemaninya bermain. Takpalah saya pun berjogging setempat dan lakukan kerja2 rumah agar bersenam.
Yang penting kita bersama keluarga tatkala memerlukan dan hanya menumpukan kerja dan hobi kita waktu yang lain.
3.57 am. Selasa. 17 Jan 2017. Melaka