Dua larian yang memberi makna

Salam,

Dalam Februari ni ada dua larian jarak 5km dan 10 km saya masuk.

Satu adalah Melaka Balloon Run 2017 di Bandar Hilir pada 19 Februari. Bermula jam 7 pagi.

Dan satu lagi adalah ANSARA Fun Run 10km yang hanya terbuka kepada ahli EX MRSM serta keluarga terdekat.

Untuk Melaka Balloon Run, pesertanya terdiri dari orang awam juga dan pelbagai peringat umur. 

Saingan agak sengit dan saya bermula agak gopoh dengan masa 1km pertama bawah 5 minit dan keletihan pada km2 berikutnya.

Walaupun tidak mendapat top ten tetapi saya banyak belajar dan nanti saya beritahu secara kesimpulan hasil dua larian ini.

Yang kedua adalah ANSARA FUN RUN 10km. Saya bermula dengan kelajuan biasa sekitar 6-7 minit perkm. Dengan bentuk muka bumi yang seawal km pertama dah bukit. Terpaksa slowkan pace.

Saya bukanlah mendapat top ten juga tetapi berpuas hati dengan prestasi 1 jam dan 10 minit untuk 10km ni. 

Apa yang diperoleh dan simpulkan?

1) Semakin ramai orang muda dan juga orang Melayu kita memasuki acara2 larian ini. Yang muda memang lagi banyak dan mereka lebih bertenaga dan menamatkan larian dengan bergaya.

2) Untuk menang (jika nak top ten), anda tak boleh berlatih sekadar untuk stay fit. Untuk menang kena diet yang betul, kawal pace, berlatih secara berkala dan memang betul target for top finisher. Jika macam saya ni yang seminggu dua tiga kali aje maximum dan makan pun mana jaga, maka hasilnya mustahil mendapat top ten finisher melainkan bernasib baik.

3) Nak dapat top ten kene pace mesti bawah 6 minit atau cuma bawah 5 minit. Event2 open yang kepada orang ramai memang ada org buat bawah 5 minit per km. So berlatihlah mcm mana pun untuk dapatkan. Saya? Tak usah haraplah kot sebab saya boleh kata saya berlatih tetapi tanpa sebarang tools dan ilmu betul pun. Outfit pun saya tak pernah beli yg betul kecuali kasut.

Akhir sekali, jika tak dapat top finisher pun asalkan kita berpuas hati yang kita mampu tamatkan larian. Berlawanlah dgn diri kita iaitu melawan penyakit dan mengekalkan kesihatan. 

Dan yang penting, jika kita bukan top finisher untuk larian, jadikan kita top person untuk keluarga, kerja dan masyarakat. Banyak lagi perkara kita boleh jadi the top one. 

Majikan yang paling best

Top best boss

Paling banyak menderma

Paling banyak menolong kerja2 sukarelawan.

Tapi tak jadi top one pun takpa. At least contribute to society.

Dan yang PALING PENTING

Hidup sihat dengan bersosial dan meets people. Dont just stay home. So be a person who can talk to anyone or anybody that is possible.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: