Assalammualaikum,

Bulan puasa ini bulan yang banyak dugaan yang mencabar

Bulan puasa ni sahaja dua kali saya kene ke wad satu di Hospital Melaka dan satu lagi di Hospital swasta di Selangor area Damansara

Di Melaka, isteri saya terpaksa dimasukkan dalam wad dua malam akibat berlaku sedikit permasalahan minor tetapi alhamdulillah tiada apa2 yang berlaku dan dibenarkan pulang. 

Wad masuk pada 26 May hingga 28 May.


Kemudian pada next weeknya anak pula masuk akibat Influenza A. Yang saya juga suspect jangkitan.

Ianya pada 2 June dan check out 4 June.


Banyak sungguh dugaan untuk bakal anak saya kedua ini. Namun, apalah erti ujian yang kecil ini jika nak dibandingkam ujian2 lain yang berlaku kepada keluarga lain.

Siapa kita mempertikaikan tahap ujian seseorang?

Ujian itu diturunkan dalam keadaan kita mampu mengalaminya.

Berbahagialah dengan ujian dan hadapi dengan tenang.

Bukankah dugaan dan ujian itu penghapus dosa.

Fikirkan bagaimana ujian yang lebih teruk dan dasyat yang dialami oleh orang lain.

Baru2 ini wife saya juga cucuk suntikan Dexa kerana size AC agak kecil sedikit. 

Cucukan pertama adalah pada 5 Jun 9 malam dan yang kedua adalah 6 Jun paginya.

Sekarang sudah 33 minggu sepatutnya. Tetapi bacaan scan menunjukkan sekitar 30 minggu sahaja yang menyebabkan berat agak kurang dari 33 minggu punya berat. Approximately around 1.4++kg beratnya.

Lagi 6,7 minggu untuk kelahiran.

Atau mungkin lebih awal kerana suntikan dex tersebut memungkinkan matang awal bagi tersebut.

Ramadhan kali ini benar2 berlainan dan menguji iman. 

Ya Allah, semoga Allah mudahkan urusan keluarga saya, keluarga kandung dan mertua saya serta rakan2 yang saya kenali ini. 

Berikan kesihatan yang baik kepada saya sekeluarga dan juga mereka yang mengenali diri saya dan keluarga. 

Semoga semuanya berbahagia dan mendapst rahmatmu Ya Allah.

Amin.

About the Author razorjr

Research and Academician

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s