Salam,
Nak tahu tak satu satunya online shopping terbaik di dunia memang aku undi Amazon.
Aku dah guna Amazon selama 3,4 tahun.
Sebab?
1) Walaupun ko dah order dan bayar dan barang tengah otw, ko boleh cancel macam gitu aje. No charge. Dan akan refund balik ke account ko.
2) Aku dah penah beli benda memory card berhaga hampir RM1k. Sampai Malaysia tetibe POS MALAYSIA kata hilang di KLIA kat airport. Kene buat report katanya Pos MALAYSIA.
Tapi apa amazon buat? Dia hantar yang baru satu lagi secara sangat cepat dan sampai yang baru dari USA dalam masa 3 hari.
Ko guna LAZADA, 11Streets ataupun SHOPEE pun takkan dapat guarantee mcm atas tu. Dalam Malaysia pun lembab nak mampus.
3) Kualiti barang kat Amazon lebih baik berbanding di Lazada, 11Streets dan SHOPEE yang ko boleh dapat dalam keadaan dibungkus tidak bagus, barang China yang Low quality, dan jika nak return suruh datang gudang.
BODOH apa nak return kena datang sendiri gudang dan tanggung shipping.
TAPI APA SEBAB ORANG GUNA LAZADA, SHOPEE dan 11Streets?
MURAH. Amazon mmg mahal termasuk kos shipping. Itu aku akui. Melainkan ko amik Global Priority Shipping. Kos sama harga dengan barang. Cuma depa maintain kualiti untuk Amazon.
Dan beribu ringgit dah aku beli dari Amazon. Sejak 2014,2015.
Kesimpulan.
Aku hanya nak beli online selepas ni jika benda tu mmg sangat susah dapat di pasaraya. Dah penat dah beli lepas tu berminggu baru dapat.
Ataupun order awal2. Yang tak perlu menunggu.
Bab customer service memang depa sampai bila2 takkan dapat melawan Amazon kot.
Itu experience yang aku alami. Lain orang lain experience. So aku cerita yang aku alami.
Itu sahaja