Salam,
Posting pun dah lama tak buat sedangkan bayar beratus ringgit untuk domain dan hosting page ni.
Tiba2 terasa nak tulis sesuatu pada page 2.05 am 17 September 2017 ini.
Di atas ni anak aku yang baru lahir pada 18 julai aritu.
Dia aku dah daftar haji dan akan menunaikan haji dia pada usia 93 tahun. Iaitu pada 2110. Aku dah lama mati dah time tu kot if tak panjang umur sampai 125 tahun.
Aku terfikir.
Apa agaknya keadaan zaman tu.
Macam mana dengan akhlak dan sahsiah pada zaman tersebut.
Mcm mana manusia hidup dgn aku rasa ntah2 time tu penduduk dunia menjangkau 100 bilion kot.
Nak bayangkan teknologi?
Cuba ko pikir,
Tahun 1917
Dengan tahun 2010.
Pergh
Aku yakin ada Star Trek punya kapal.
Boleh ke planet2.
Game Industri mcm mana lak?
Aku rasa siap boleh main masuk dalam game terus.
Neural game industry.
Ko boleh reka dunia ko sendiri dan hidup dalam tu. Berlari dan jadi superpower kot.
Dasat dan aku taktau mcm mana nak bayangkan.
Dan bab kaya mesti ko jual apa pun laku kot.
.
.
Namun apa agaknya masalah akhlak time tu.
Apala agaknya masalah umat ketika tu.
Harap generasi aku, keluarga dan sahabat2 aku termasuk yang baca artikel bodoh aku ni, terselamat dari fitnah dunia.
Amin.
Dah nak smbg tido. Ingat nak gi AEON kot esok. Eh arini sebab dah 2.33 pagi. Jadi jam 9 pagi gi AEON.
Hmm apala agaknya berlaku pada tahun 2110