Ilmu.
Anda boleh jadi kaya dengan syarat mesti berilmu juga.
Miskin pun wajib berilmu
Sebab apa
Sebab solat dan nak tunaikan haji itu sama sahaja kaya atau miskin
TETAPI WAJIB ADA ILMU.
Sebab itulah ilmu itu penting
ILMU penting sebab kaya ke atau miskin ke tak kene TIPU dan SCAM
ILMU Penting supaya kita tak melahirkan masyarakat bodoh yang kemudiannya memperbodohkan masyarakat bodoh yang lain
Kau nak kaya ke, miskin ke, gelandangan ke IKUT SUKA HANGPA
TAPI ILMU wajib ada.
Tapi sekarang apa terjadi
Masyarakat bodoh kene scam sebab takdak ilmu nak melabur
Kene scam cinta africa
Kene pancing undi senang2.
Dan banyak lagi la termasuk kes gigi dan kes scam rumah murah.
Cari la ilmu. Bukan main percaya aje.
Nak beli rumah, beli buku hartanah dan berguru dgn org yg pernah beli rumah betul2.
Nak ke klinik, gi ke tempat org belajar untuk urus klinik betul2.
Jika semua amalkan nak lakukan benda betul dan dengan berilmu, maka takkan ada orang support pun segala mak nenek scammer semua tu.
Jadi teruskan tuntut ilmu sampai mati. Bukan sampai tingkatan 5 atau PhD aje.
Ko ada PhD pun ko kene hormat dgn makcik cleaner yang tahu ilmu mencuci lebih pro dari ko.
Jgn berlagak.
Tuntutlah ilmu dengan sebenar-benarnya