Penulis Novel?
Script Writer?
Pelukis Komik?
Aku simpan A4 dalam bilik tengah dan semua ni dia amik sendiri, stapler sendiri (dia reti gune stapler) dan lukis sendiri tanpa aku tau pun dia nak buat apa. Dan aku langsung tak suruh, tengok masa dia buat dan yang aku tahu tetibe aje dia nak tunjukkan hasil lukisan dan komik dia.
Dia lukis semua ni dengan menceritakan apa yang berlaku sepanjang peristiwa peristiwa yang menyeronokkan bagi dia.
Ada komik dia lukis perihal hari sukan dia
Ada komik dia lukis kejadian yang berlaku di tadika.
Ada kisah perjalanan balik kampung.
Aku mungkin taktahu apa dia akan jadi pada masa hadapan tetapi untuk hobi yang positif ni aku akan bekalkan sebanyak A4 yang dia nak selagi dia menunjukkan minat.
Jangan sekat minat anak yang positif.
Luangkan duit dan taburkan duit untuk minat mereka yang positif.
Zaman dulu mungkin kita kena belajar belajar dan belajar dapat SPM straight A.
Zaman sekarang dan kehadapan adalah zaman berjaya itu ada pelbagai jenis.
Semua yang positif kita support dan kembangkan.
Rezeki itu Allah yang bagi.
Tak guna anda kaya tapi buat benda yang anda tak minat.
Boleh jadi stressful.