Salam,
Terdetik aku menulis pagi ni selepas subuh sementara menunggu majlis akikah pada jam 10 pagi nanti.
Apa yang aku nak tulis ni adalah satu pemikiran yang saya fikirkan sebenarnya dah lama dan mungkin masih mencari jawapan.
Bukan apa.
Jika difikirkan, ko bangun pagi, siapkan anak, terus hantar anak dan sarapan. Pergi ke tempat kerja, penuhkan KPI, amik anak dan makan tengahhari.
Kemudian petang balik ke rumah pula dan berehat atau bermain dengan anak dan kemudian malam
Menjelma dan akan diulang lagi untuk 5 hari bekerja.
Pada sabtu ahad mungkin ada aktiviti ke shopping mall atau event keluarga atau majlis.
Semuanya berulang sehinggalah kita tua bangka.
Saya pun terfikir, apa sebenarnya kita perlu buat dalam hidup ni?
Solat dah, puasa dah, nak tunaikan semua suruhan Allah insyaAllah kita dah buat. Tapi apa sebenarnya?
Kenkadang apabila terlalu sibuk dengan mengejar KPI universiti yang memastikan universiti kekal di persada dunia tapi diri sendiri terabai.
Banyak rakan saya yang telah pergi dalam perjuangan dan banyak juga yang sedang sakit.
Itu lumrah kerana saya pun bakal sakit takpun tua kemudian sakit. Kerana semua akan menghadap pencipta tak kisah bila samada usia 50, 60, 80, 100 ke.
Saya asyik terfikir jika asyik mengejar KPI sendiri pun tak guna juga kerana famili pun perlu diluangkan masa bersama.
Dan jika terlalu bersama keluarga tetapi mengabaikan tanggungjawab kepada universiti dan masyarakat sekeliling juga salah.
Maka timbullah jawapan dari saya setakat ini iaitu
“Buatlah kebaikan sebanyak mana yang mampu dan kepada sebanyak orang yang mampu kerana DUNIA ini SEMUANYA ujian untuk kita”
Ya.
Ianya satu penipuan sahaja dan sesiapa yang tertipu dengan dunia maka dia sangat rugi.
Jika kita berbakti kepada sebanyak orang yang boleh insyaAllah akan timbul rasa dalam hati yang kita sedang di jalan yang betul.