Bangsar South

Salam,

Berada disini ibarat seperti berada di kawasan terasing dan tidak seperti tempat2 lain yang aku kunjungi.

Disini aku duduk sementara bersama keluarga sempena sebuah event di sini. Yang melibatkan bidang aku sendiri iaitu game.

Balik kepada 10-20 tahun dahulu.

Game sapa tak anti.

Asyik dituduh main game dan mengabaikan macam2 bagi sesetengah orang.

Ada benarnya bahawa ketagihan itu bahaya.

Apabila sampai mengabaikan tanggungjawab utama maka itu satu perbuatan yang tidak baik.

Tetapi bila berfikir kembali.

Semua benda boleh melalaikan.

Jika salah digunakan dan tidak menguruskan masa dengan betul maka tetap dikira pengabaian terhadap benda penting.

Seperti selalu lepak dengan kengkawan

Seperti selalu racing sana sini

Seperti selalu memboros sahaja

Dan pelbagai lagi.

Namun jika sudah berjaya menguruskan dengan betul dan meletakkan sesuatu hak itu ditempat yang betul.

Maka tidak salah perbuatan tersebut

Malaysia masih baru untuk pembuatan games

Masih lagi sekadar sub con kepada game2 besar dan belum lagi menghasilkan full fledge game seperti GTA, Call of Duty, FIFA, Assassin Creed dan sebagainya.

Majoriti dari negara2 sebelah pioneer dalam game.

Namun saya tetap percaya, dalam 5-10 tahun lagi kita akan ada banyak designer dan computer games programmer untuk menghasilkan sesuatu.

Mungkin juga 20-30 tahun lagi.

Tapi ianya akan tetap sampai.

Saya percaya, bidang game akan terus diterima seperti bidang2 lain dan setanding.

InsyaAllah

Hamzah Asyrani Sulaiman

Tingkat 29, Sebuah Hotel Residence di Bangsar South.

8.50 pm

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: