Salam,
Malaysia ni seperti kita sebuah maklum adalah sebuah negara Asia atau lebih tepat lagi ASEAN yang terdiri pelbagai kaum.
Yang secara amnya membolehkan kita merasa pelbagai jenis makanan dan minuman dari pelbagai bangsa dan kaum serta agama.
Saya rasa majoriti rakyat Malaysia patut tahu anda tidak akan mati akibat kelaparan kerana di Malaysia ni ada banyak restoran.
Mamak Restaurant – Ntah la banyak sangat kot
KFC (more than 600) – https://kfc.com.my/kfc-malaysia
McD (more than 200++) – https://www.thestar.com.my/business/business-news/2013/06/06/500-mcdonalds-outlets-by-2020-fastfood-chain-aims-to-have-300-restaurants-by-2014/
Jadi, tu baru tiga tu aje.
Patutlah banyak benda kesihatan tengah sibuk menyedarkan orang ramai yang gaya hidup ntah apa2.
Pulak tu dengan stress di jalan raya balik dan pulang dari kerja.
Ada yang commute dari Seremban/Melaka ke KL.
Hang duduk dalam kereta tanpa bersenam.
Pastu bantai makan macam2.
Salahkan restoran dan salahkan produk.
Jadah apa gitu.
Baik hang gi salahkan kereta/motosikal sebab bagi hang duduk dalam beraircond dan berenjin.
Bersenam
Pergilah bersenam.
Kat rumah pun boleh bersenam
Kat depan rumah pun boleh
Aku tau sangat isu2 makanan ni seminggu dua aje. Pastu korang ingat budak sekolah/universiti ni nak lepak mana beb?
Aku tahulah sebab aku pun pernah jadi student dan mengajar pulak sekarang di universiti.
Dengan restoran banyak yang hipster dah dengan minuman manis
Cool Blog (dekat 500 outlets IN ASEAN)- https://www.coolblog.com.my/about-us/
Tealive (kira sendiri) – https://www.tealive.com.my/outlets
Dan banyak lagi sorry aku sempat nak listkan.
Mereka tak pernah promotekan makanan depa tu sihat ke apa.
Tapi mencanak aje naik.
Air coke dan gas pulak?
Coke (siap nak expand lagi) – https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/03/13/coca-cola-to-invest-rm500mil-to-scale-up-nilai-plant/
Air lain2?
Yang tak promote ianya sihat PUN MAKIN EXPAND.
Kelakar lah rakyat Malaysia ni.
Memang total fail kot.
Lantak korang lah.
Aku pun melantak juga fast food tapi cuba limitkan sebab aku dah rasa bosan dengan fast food kecuali TERPAKSA.
Tergugat weh iman mana tahan tak makan fast food dlm sebulan tu.
Tapi marilah sama2 kita educate untuk makan makanan masak sendiri dan sihat.
Kat luar ada banyak juga restoran sihat.
Banyak lagi cabaran menanti.
Jadi sementara itu, untuk kita ni marilah bersenam dan keep running.
Berjalan pun takpa.
Berjalan sejam ke, dua jam ke.
Cari geng.