Nasib

Salam

Apabila sesebuah kursus itu tamat dan semua pelajarnya sudah pastilah graduated apabila jumlah jam kredit serta syarat2 telah mencukupi.

Jika ada 90 orang dalam sesebuah kursus itu, dan semuanya telah penuhi syarat maka mereka tamatlah belajar.

Saya hari ini nak berbincang dari segi “bekerja” dan bukannya dari segi “ilmu”

So bab keje.

Apabila sesebuah batch itu tamat belajar, maka mereka sepatutnya dapat kerja bidang yang mereka ambil itu.

Itu LOGIK yang umum. Dan Logik Universiti jugak (MUNGKIN)

Namun, AMAT MUSTAHIL kesemuanya akan dapat kerja di negeri yang sama, tempat yang sama, gaji yang sama dan lain2 lagi.

Ataupun saya rasa 99.9% takkan sebegitu (yang saya sebutkan diatas).

Ada yang menganggur

Ada yang dapat keje tapi bidang lain la pulak

Ada yang dapat keje tapi gaji sedikit

Ada yang dapat keje bidang lain tapi gaji lebih besar

Dan banyak lagi.

Disini kita lihat.

Graduan zaman sekarang perlu tahu yang apabila mereka tamat belajar kelak adalah AMAT MUSTAHIL 100% dari mereka akan bekerja di bidang yang dipelajari.

Jadi mereka perlu bersiap sedia samada memahirkan diri menjadi THE BEST.

Atau mencuba menjadi seorang Usahawan ke, Pemain Saham ke, Ahli Sukan ke, dan lain2 lagi.

Saya tekankan dalam kelas SENTIASA (bermula tahun lepas).

“JIka kamu hendak benar2 MINAT dan SUKA bidang yang kamu ambil ni MAKA JADI THE BEST and TRY HARD”

“Zaman kamu bukan macam zaman saya dah”

“Zaman kamu ini adalah zaman the best will survive”

Jika tidak mampu, mereka sebahagiannya kena fikir APA NAK BUAT bermula dari SAAT ini nak buat apa lepas habis belajar.

Ini zaman kene bersaing untuk masa hadapan.

Nak dapatkan tempat maka kena bersaing.

Universiti MAJORITINYA jadi tempat mencari duit sahaja sekarang.

Ambil Master atau PhD BUKAN PENENTU anda DAPAT KEJE.

oh ya, SILA FAHAM aku menulis dari segi BEKERJA YE. Bukan dari segi ILMU.

Aku tekankan siap2 dalam kelas. Kalau mereka tak jadi kreatif dan jadi the best, baik skor pointer yang biasa2 dan sementara di universiti ini cari jalan untuk buat business ke apa ke dan sebagainya.

Ingat yang mereka kena faham zaman mereka dah bukan macam zaman aku dulu.

Ini 2018.

Dan kelak 2028, 2038 dan seterusnya 2050.

KEPADA IBUBAPA termasuk AKU.

Anda kena bagi ANAK Anda faham dan anda pun kena faham masa depan bukan lagi SEKADAR.

“Saya nak jadi Doktor”

“Saya nak jadi Engineer”

Tetapi “Saya ingin menjadi USAHAWAN untuk membuka hospital saya sendiri setelah berkhidmat sebagai Doktor sekian sekian lamanya”

“Saya nak buka bengkel kereta dan buat KERETA saya sendiri (jenama sendiri) setelah mendapat pengalaman kerja susah mekanik”

Itu masa hadapan.

KNOWLEDGE is no LONGER limited to PIECE OF SHEET (Bachelor, Master and PhD).

But to those who use it for greater means.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a comment