Salam 4.15 pagi Ahad,
25 March 2018
Mata ini tidak dapat tidur sangat dan tiba tiba terbaca sebuah artikel berkaitan pengalaman main Ragnarok Online.
Ragnarok Online ini antara permainan game online yang terawal sekali di dunia ini.
Diasaskan di Korea Selatan dan berkembang di Malaysia sekitar 2003.
–
Saya bermain permainan RO ini (singkatan kepada Ragnarok Online) bermula tahun 2003 bersama sama rakan2 saya di universiti ketika itu.
Sehinggalah tahun 2005/2006 kami bermain dan slowly meninggalkan permainan ini setelah tamat belajar.
Banyak onak dan duri bermain permainan ini.
–
Pointer jatuh sehingga 2.10 dan 2.11 antara kenangan pahit.
Membazirkan masa dan sebagainya.
–
Namun banyak benda yang saya belajar dan pengalaman saya peroleh.
Pengalaman ke cyber cafe dari isyak sampai subuh.
Pengalaman menaiki basikal pula dari kolej dalam UTM ke cybercafe di Sri Puteri ketika tak bawak kereta lagi (saya bawa kereta dari tahun 2004) iaitu tahun 2. Proton Saga Aeroback keluaran tahun 1993 kot (ke 1989 tapi tak ingat sangat).
–
Sekarang tahun 2018.
Masih ada lagi Ragnarok Online (server Philiphine private) diinstallkan dalam komputer saya dan bermain kadang kala.
Kawan2 lama dan baru masih lagi bermain namun kesibukan masa dewasa mengekang sikit aktivitinya.
Yalah sekarang famili dan kerjaya diutamakan dan penting dalam kehidupan juga.
Namun banyak pengajaran saya belajar akibat kesilapan dan masa silam saya yang begitu.
Walaupun ianya sangat tidak bagus dan saya nak aje rasa kembali ke zaman tersebut dan lempang diri saya ketika itu, namun itulah yang mengajar kita the meaning of life.
–
Life is full of mystery and wonderful things.
Mistakes done in the past brought a lot of stuff in the future and present day.
Even though we should not make mistake either in the past, present or future. But once we have actually done it, learn from it for better tomorrow.
–
Today is what I am.
Standing here with my happy family and thank to Allah S.W.T that positive things happened to me even though I have made a lot of mistakes back in younger days.
–
Ada sesetengah orang mendapat hasil yang buruk akibat kesilapan mereka dan saya bertuah Allah memberikan yang positif.
Kesilapan bukan bermaksud kita kene mengulangnya dengan sengaja tetapi untuk kesedaran diri kita dan mendidik yang lain agar menjauhinya. Bersyukur kepada Allah aku melaluinya dengan baik.
–
Ragnarok Online permainan yang baik jika dikawal dan dimainkan dengan baik serta dengan disiplin masa yang bagus. Permainan apa2 pun atau apa jua aktiviti adalah bergantung kepada sejauh mana kita menjaga masa kita dengan semua entiti di dunia ini.
–
Itulah sekadar celoteh santai jam 4.33 pagi dah sekarang.