Assalammualaikum,
“Don’t ever judge what other people has been through”
Usaha ini satu perkara subjektif dan kita tidak boleh memandang rendah usaha yang dibuat oleh orang lain.
Walaupun ada orang sekadar meningkat prestasinya sekadar 5% setiap tahun, dan kita pula 50%, namun, kadang2 usaha yang 5% itu dicapai dengan betapa penatnya dan lelahnya oleh mereka.
Satu yang perlu dikagumi adalah effort dan semangat mereka dalam mempertingkatkan diri mereka tak kisah dari segi pencapaian minda atau fizikal atau rohani.
Hampir dua tahun lepas, aku terlalu struggle menghabiskan 7km (dua kali loop Taman Botanikal Ayer Keroh).
Masa yang dicatatkan semasa itu adalah 52 minit untuk hampir 7km.
Selepas berlari terus kaki sakit dan nak jalan terpaksa perlahan-lahan.
Seterusnya terpaksa berehat pula selama beberapa hari untuk recover.
Itupun usaha yang sudah paling kuat ketika itu.
Namun selepas hampir dua tahun. Dengan mudah saya dapat sekitar 45 minit untuk 7km dengan santai mode (larian selepas Half Marathon tempoh hari) di tempat yang sama. Rekod setakat ini adalah 43 minit untuk 7km di tempat yang sama.
Tiada kesakitan kaki berlaku dan penat lelah. Boleh terus buat kerja yang perlu dibuat dan tenang seperti biasa.
Ianya sama juga seperti larian 5km.
Di tempat yang sama saya buat sekitar 38 minit pada 2016. Kemudian pada 2018 saya secara santai boleh mendapat sekitar 28-29 minit tanpa usaha. Saya paling kuat buat baru setakat ini 26 minit++. InsyaAllah akan cuba usaha lagi dapatkan bawah 25 minit (iaitu pace 4.59 minit setiap km).
Tetapi apa yang saya kagumi. Banyak rakan2 saya sudah mulakan bersukan. Saya seronok jika ada ramai lagi bersukan dan dapat tengok pencapaian mereka.
Ianya satu persaingan sihat.
Secara tak langsung ianya membantu kita semua mengamalkan budaya hidup sihat sejahtera.
Apa yang penting adalah yang penting semuanya mempertingkatkan diri masing2 tak kisah dari segi kesihatan fizikal atau mental.
Mati itu pasti.
Namun apa gunanya tidak berbuat apa2 dari hanya menunggu mati.
Rangsang orang lain untuk berjaya dan memanfaatkan ilmu untuk orang lain serta mengajak orang lain ke arah kebaikan akan menambah saham akhirat kita.
Ayuh ke arah yang lebih baik!!