Salam,
Kali ini saya mengembara pula ke Pantai Timur setelah hampir 5 tahun tak ke sana.
Kali terakhir adalah sekitar 2013.
Cuma untuk kali ini adalah untuk memberi sedikit sumbangan dari segi pengalaman kepada generasi milenia di sekolah lama saya iaitu MRSM Kuantan.
Tujuan kedatangan ke Kuantan dari 20 hingga 23 April adalah untuk melihat kembali Kuantan setelah meninggalkan bandar ini 16 tahun yang lalu iaitu 2002.
Dari 2002 hingga 2018, banyak bangunan baru wujud dan jalan sehala juga diperkenalkan di bandar ini. Dengan kehadiran pelbagai Mall seperti East Coast Mall dan Kuantan City Mall amat membantu perkembangan bandar ini.
Saya amat berterima kasih kepada rakan saya iaitu Zulhairie Moideen yang amat amat membantu saya mencari tempat2 menarik di Terengganu dan Pahang serta kedai-kedai makan yang menarik. Jika tidak mendapat bantuan beliau sukar mungkin mencari tempat mana yang menarik di sekitar Terengganu terutamanya.
Serba ringkas perjalanan ke sana adalah bermula dengan check in Hotel Zenith sekitar jam 3.30 petang. Setelah berehat sebentar dan solat serta membersihkan diri, kami bergerak ke MRSM Kuantan dan melawat kawasan2 dalam maktab. Teringat beberapa memori semasa di MRSM dahulu yang sudah tinggal kenangan. Pada masa zaman saya, ianya hanya tingkatan 4 dan 5. Namun pada masa kini sudah tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Maka sudah pastilah setiap batch itu sekitar 50 ke 60 orang mungkin atau lebih rendah.
Hari kedua iaitu Sabtu merupakan hari saya menyampaikan sesi career talk dan sharing saya. Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan harap pelajar2 mendapat manfaat dari apa yang disampaikan. Tidak banyak tempat yang saya pergi pada hari kedua kecuali pergi ke Sata Mok Na untuk makan keropok ikan dan makan sata (yang saya rasa biasa sahaja berbanding di Aziz Sata). Sebelum itu melawat Teluk Cempedak namun sekadar berjalan disekitar pantai sahaja.
Hari ketiga iaitu Ahad saya bergerak ke Terengganu. Banyak gambar ditangkap bermula dari jam 8.30 pagi bertolak dan pulang/tiba di Kuantan sekitar jam 5. Jadualnya seperti berikut:
- Ke Pantai Taping Kemasek
- Makan tengahhari dalam perjalanan ke Pantai Batu Pelanduk
- ke Pantai Batu Pelanduk
- Pulang ke Kuantan tapi singgah di Pantai Kemasik
- Kemudian singgah Aziz Sata membeli sata dan keropok rebus
- Pulang/tiba di Kuantan sekitar jam 5.
Ya, amat letih namun malam itu sempat la jalan keluar makan di restoran tomyam di sekitar Kuantan. Dan seterusnya balik ke hotel dan berjalan pula ke East Coast Mall sebelum tutup
Hari keempat merupakan hari perjalanan pulang.