Salam,
Pertama sekali aku bukanlah hebat pun nak share something berkaitan larian ni.
Aku lagi pun ada satu perangai yang saya ada bab tertentu aku tidak pedulikan apa orang kata (sesetengah perkara)
Aku cuba dan cuba dan lantak pi apa depa nak kata apa (untuk sesetengah perkara).
Dan langsung tidak takut (untuk sesetengah perkara)
Seminggu 3-4 kali aje berlatih berlari adalah amatur aje ni.
Tapi dah dari 2016 sampai 2018 ni aku boleh share mcm mana aku dapat
5km – dalam 24 minutes++
10km – dalam 57 minutes++
Okeh
Nih untuk 10km bawah sejam. 5km aku rasa korang berlari tiap2 minggu boleh punya dpt bawah 30 minit (minimum 3 kali seminggu)
Okeh untuk 10km bawah sejam ye?
1st
Seminggu mesti 3-4 kali berlari dan MESTI samada 5km atau lebih. Tp pastikan yg 5km tu yang banyak kali.
Buat tu dalam 1-2 bulan dan jangan hirau sangat pace ke laut.
Setelah 2 bulan ke, 3 bulan ke. Start cari kat mana hang boleh maintain pace. Dan dapatkan bawah 30 minit.
2nd
Dapatkan 27 minit atau ke bawah untuk 5km. Pastikan dptkan dlm 3 kali berturut2.
3 KALI BERTURUT2. Bawah 27 minit. Untuk 5km
So berlatih ler
3rd
Ok start buat 10km santai mode dan cari pace selesa. Maksud aku. Try maintain pace 6 minit perkm selama 5,6 km. Ko maintain dan jgn slow dan jgn pecut. Sabaq la!!!. Pastu if penat last 4km tu relax2
4th
Ok bila dah tahu pace selesa (lagi rendah lagi bagus) katakan pace 5:50 minit perkm hang boleh maintain 5,6 km tanpa penat, maka berehat kejap sehari sebelum nak buat 10km tu yang nak set bawah sejam
5th – Bermulanya nak dptkan bawah sejam
Ok start dgn first 5km tu setkan pace rendah skit dari target 5:50 iaitu try ler 6:00. Dan JANGAN RISAU takut tak dpt bawah sejam. Just maintain
Pastikan jgn bg HR anda naik juga.
Selepas ini ujian mental untuk meneruskan lagi 5km dgn lebih laju
6th
Ok masa ni anda kene perlajukan larian di pace anda 5:50. Lawan mental
Cuba fikirkan anda seorang pelari yang hebat, mengatasi segalanya. Fikirkan anda nak kene cepat ni sebab jika tidak akan tertinggal something dll
Fikirkan “takkan lari mcm ni aje”, fikirkan yang anda mampu. Bayangkan nak kejar orang dihadapan anda dan nak tunjuk kat orang sekeliling anda pasti dpt bawah sejam.
Teruskan lari sambil dengar lagu2 yang paling menaikkan semangat dan berkobar2.
Step terakhir!!!
Disaat akhir 1-2km ni masa mental cuba menahan anda. Pecut dan teruskan lawan mental untuk sedaya upaya lajukan pace.
InsyaAllah dengan mudah anda dpt bawah sejam.
Mental
Mentallah yang membolehkan anda berjalan di shopping mall berjam jam tanpa penat.
Mentallah yang menguasai anda nak berjaya atau tidak.
Pedulikan orang sekeliling.
Anda hebat dan terbaik
Lantak pi kat depa di luar sana.
Yang berjaya selalunya dia tak peduli orang kata apa.