Salam semua,

Itulah, keputusan berakhir dengan tiada medal pun dalam tangan tapi rasa bangga juga dapat tengok ramai betul anak muda dan pelajar2 yang prestasi mereka benar jika dilatih melahirkan atlit bagus.

Saya memasuki acara 1500m yang dijalankan serentak dengan pelajar. Seramai 13 orang pelajar, 12 orang staf dan 2 orang veteran.

Dilepaskan sekali dan saya memang terkejut antara 27 orang tersebut saya nombor ke 22 pada AWALnya.

Manage untuk potong staf sahaja dalam 4,5 orang dan seorang sahaja student.

Nombor saya rasa sekadar belas2 kot.

Bahkan rakan saya yang memenangi emas kategori senior 1500m tadi pun menamatkan dengan sejumlah pelajar di hadapannya dengan 4,5 orang begitu.

Bayangkan saya mendengar dengan tepat bagaimana mereka menamatkan larian mereka (catatan masa)

No 1 kategori pelajar adalah 4 minit dan 56 saat!! Untuk 1500meter!!!.

Terus terang saya katakan, saya 5 minit untuk 1km dan tak pernah pace 3 minit lagi dan tak akan kot.

Rakan saya yang menang emas tersebut pula 5 minit 40 saat. Saya sekadar dalam 6 minit dan 45 saat begitu.

Betapa jauh pemenang emas kategori pelajar dengan pemenang emas kategori senior lelaki staf.

Namun kami puas mereka ni bagus.

800m pula bermula untuk 7 orang staf sahaja. Dan saya berada di nombor 5. Tiada daya menamatkan kedudukan lebih baik.

Seterusnya acara 4x400m yang disertai saya sendiri, Din, Helmy Emran, dan Yogan pula berakhir disqualified akibat kecederaan hamstring bahagian paha oleh salah sorang dari kami. Kami bangga walaupun tak dapat menamatkan 4x400m setelah Din selaku pelari pertama mendapatkan tempat kedua sebelum itu.

Apa2 pun, Tahniah anak muda!!!

Saya? Walaupun tiada medal dan catatan itu yg terbaik saya lakukan. Susah tu dan insyaAllah akan tetap masuk juga TOT ini.

Biarlah kalah atau menang itu sebagai adat sahaja. Yang penting dapat berhimpun dan buat banyak rakan dan SIHAT TUBUH BADAN InsyaAllah

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s