Singkatnya kehidupan…

Published on

in

Alhamdulillah,

Baru sebentar tadi area 12.30 selesai pengkebumian salah seorang kenalan yang saya kenal semasa di UTeM.

Prof Madya Dr Zul Azri saya kenal sejak beliau balik dari PhD beliau lagi.

Walaupun tidaklah secara rapat mengenali beliau tetapi beliau seorang yg muda dan bertenaga dalam bidang beliau dalam memacu akademia di UTeM.

Itulah kehidupan ini.

Kita pun nanti bakal ditalkinkan juga.

Orang akan kerumun di kubur dan kemudian akan balik.

Tinggallah kita.

Cuma cara apakah kita tinggalkan dunia ini adalah bergantung.

Mungkin akibat kemalangan

Mungkin akibat kesakitan

Dan lain2 sebab.

Di tanah perkuburan tiada siapa mahu tinggal lama2 disitu.

Semua akan beransur beredar.

Paling lama pun mungkin setengah jam atau sejam selepas dibacakan talkin.

Selang seminggu dah kembali sedia kala

Bekerja dan teruskan kehidupan.

Kita yang hadir masa tu pun lupa dah keinsafan semasa melawat tanah kubur.

Kembali ke fitrah manusia untuk berada di dunia.

Al Fatihah buat mereka yang telah meninggalkan dunia alam semesta ini buat selama-lamanya.

26 Jun 2018

2.15 pm Selasa

Leave a Reply


HA
Hamzah Asyrani Sulaiman
// lecturer · researcher
Computer Graphics Animation Simulation Teaching Research
Teaching · 3D Game Dev, Graphics & Vis
Research · CG, Animation, Simulation
Publishing · Research papers & consultation

Discover more from asyrani.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading