Salam Jumaat semua,
Dua tahun.
Sementara tengah meeting MAF fakulti saya ini, teringat saya nak belek2 catatan masa larian saya yang lalu.
Betapa cepat masa berlalu iaitu 2016 dan 2018.
Masa yang dicatatkan amat-amat berbeza dan saya terfikir bagaimana saya yang dahulu yang muda mencatatkan masa yang lebih berbanding saya yang sekarang.
Mungkin inilah yang dikatakan kekuatan otot badan yang telah meningkat.
Saya juga agak terlambat iaitu start semasa usia 31 tahun secara aktif. Sebelum ini just sekadar jogging dan lari sahaja sejak 2010 (umur 25). Kemudian stop sekejap antara 2011-2014. Dan bermula sikit2 2015. Dan aktif pada 2016 setelah melihat rakan saya Mohd Naim Ibrahim yang kagum beliau dapat tamatkan Marathon. Terima kasih kepada beliau kerana beliau pemangkin kepada saya untuk serius sedikit bidang larian ini.
Larian di trek adalah mendatar dan kurang mencabar tetapi beza 10 minit itu adalah hasil kerja keras menmpertingkatkan larian dalam masa 2 tahun.
Saya rasa untuk mengurangkan lagi ke bawah 20 minit mungkin makan masa 2-3 tahun lagi namun saya akan cuba semana kekuatan saya yang semakin tua ini.
Tetapi apa yang saya nak sampaikan adalah kita mampu berusaha menjadi lebih baik dgn usaha yang berterusan dan istiqamah.
Setakat ni saya maintain 3-4 kali seminggu sahaja dan taklah pergi setiap hari. Majoritinya 3 kali seminggu. Samada Isnin dan Rabu/Khamis dan kemudian samada Sabtu atau Ahad.
Atau Isnin, Rabu dan Jumaat. Dan Sabtu Ahad adalah optional
Larian saya setakat ini hanya berkisar 5-10 km. Majoritinya 5 km sahaja sebab 30 minit boleh habis. Dan kadang2 buat fast pace running sabtu dan ahad 2km bagi tingkatkan kelajuan.
Hari Weekdays = 5km-5km-5km atau 5km-10km
Weekend = Event race atau Fast pace training 2km.