Salam,
Berlari
Aku sebenarnya berlari ni sejak zaman master dulu iaitu sejak 2008.
Tapi time tu sekadar berlari tanpa check masa dan distance
Dan aku rasa mmg aku laju lagi dari sekarang.
Jika diikutkan, aku aktif berlari sekitar 2008-2009.
Kemudian slow skit pada penghujung 2009 ke 2010.
Dalam 2011 dah tak lari sangat sampai 2015.
2016 mula balik tapi biasa-biasa
2017 mula aktif sehingga sekarang.
Sebab.
Banyak juga web posting dan facebook posting aku buat dengan tujuan agar semua bersukan dan lebih utama adalah untuk saingi diri sendiri untuk lebih berjaya.
Aku AMAT PERCAYA yang Allah jadikan diri kita ni untuk sentiasa lebih berjaya dan hebat dari hari sebelumnya.
Cuma halangan utama adalah minda sahaja.
Setkan minda untuk lawan perasaan malas dan perasaan dah cukup.
Setkan minda yang tiada henti didunia ini selagi belum sampai waktunya.
Tiada pencen dan tiada masa rehat. Kene kayuh dan berusaha sehingga penghujung jalan.
Oleh itu jangan disalahkan takdir dan nasib diri. Sebab itulah minda lemah.
Minda yang kuat akan tabah dan terus berusaha untuk capai apa yang diingini.
Paling tidak pun mendapat sebahagian dari yang diingini.
Potensi manusia adalah sangat besar.
Rugi mensia-siakan.
Teruskan berusaha dan capai kejayaan.
Umur hanya angka sahaja.