Salam,
Kali ini saya memasuki second trail run yang berjarak 10km (Jarak sebenar 9.4km aje) di MAEPS Serdang.
Pertama kali juga ke MAEPS ni dan baru tahu ada trail sebegini.
Sebenarnya main trail ni agak sukar kerana nak buat solo macam bahaya.
Kalau di jalan raya/road track ok lagi nak berlatih sensorang.
Jadi nak cari geng berlatih trail ni mungkin sukar sedikit berbanding road biasa.
Apa2 pun semua orang power2 siap boleh pace 4 lagi (40 minit++ aje beb larian trail tu gile aarrr)
Aku punya?
nanti aku tempek gambar
Perjalanan:
- Sehari sebelum check in di hotel berdekatan
- Subuh solat lepas tu settlekan anak semua dalam 6.30 gerak ke MAEPS Gate 2
- Ambik goodies pack dan pasangkan bib ada timing tu.
- Dalam 7.30 ready
- Sampai area 8.35++
So, itulah serba sedikit.
Trail ni aku tak minat sangat tapi AMAT BAGUS untuk train kaki bagi kuat.
baru boleh buat pace hebat2 kat larian road biasa.
Namun, setiap hobi ada hadnya mengikut individu.
So, aku just ada target tersendiri berbaloi dan setahap yang aku nak pergi aje.
Sebagai contoh target aku adalah dapatkan below 2 hours untuk HM. So insyaAllah dapatkan nanti dalam akhir Oktober event larian 21km di Putrajaya.
Tengah perbanyakkan 10km dan LSD 15km atau 18km setiap minggu/dua minggu.
diselang selikan beberapa running event dan berlatih di bukit2.
Data 1 – 2018-017 – INFO 9 september RunWild-RunDeep Chapter 2 PARTICIPANT LIST
Data Result –
- 2018-017 – Runwild Event Chapter 2 MAEPS result page 1
- 2018-017 – Runwild Event Chapter 2 MAEPS result page 2
- 2018-017 – Runwild Event Chapter 2 MAEPS result page 3
- 2018-017 – Runwild Event Chapter 2 MAEPS result page 4