Bertindak Mesti Lebih

Aku bukan tak setuju MCO dilanjutkan.

Bahkan amat bersetuju MCO diextendkan sehingga raya atau lepas raya jika boleh.

TAPI

Bila terkenang ada yg dicutikan tanpa gaji, ada yang tak dapat berniaga seperti sediakala dan lain2 lagi. Sebak pulak aku pun rasa walaupun aku ni bukan jenis mcm tu sgt selaku seorang gamer atau yg berteknologi.

Depa ada yg dpt bantuan aku tau. Tp ada yg kene jugak tetap bayaq sewa dan sebagainya. Ada aje yg sewa tetap jalan sebab penyewa tak bg ruang untuk berbincang.

Depa pun makan minum dan suasana dalam rumah kosong yg amat. Apa boleh dibuat pun. Kita mmg la mcm2 ada kat rumah.

Dan

Cuba hangpa melawat orang sakit. Berpuluh orang duk ckp sabaq na, sabaq na. Percaya la cakap aku, yg tengah baring kat katil wad tu pun malas dengar hang ckp sabaq sabaq sabaq sebab hang bagi nasihat tp hang takleh buat apa2 pun.

Sama macam MCO ni, hang suruh depa sabaq ke, cakap demi menghapuskan virus ke dll depa nak dengaq lagu mana. Kita boleh la cakap kata itu ini kata sabaq, tunggu la bg virus redha dll. Rumah penuh mcm2 boleh la kot kita kata gitu.

Jadi apa kita boleh buat?

Rajinkan la kot cari jalan bantu orang. Tak kisah mcm mana pun. Cari kat area taman kita menggunakan saluran menderma atau food bank ke.

Tanya group whatsapp taman ke sapa yg terputus makanan dan ada masalah apa2 ke. Derma mainan kat anak2 depa ke dll.

Jangan duk diam aje. Maksud aku bukan keluar ke jalanan beramai2 cari org nak bg derma tp ikut saluran sapa yg handle bab bantu kat kawasan hang. Tak usah gi luaq. Cari kwasan sendiri dulu. Derma atau cari yg menjalankan usaha food bank atau apa2.

Tu je yg aku nak cakap kat diri aku sendiri sebab aku pun leka. Aku Alhamdulillah lah ada mcm2 tapi org lain lagu mana.

InsyaAllah jum bantu secara bertindak dan bukannya style duk ckp “sabaq na sabaq na”. Act must be louder than speak”.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: