Rezeki itu satu nikmat

Aku masa aku berlari, mcm2 bab kehidupan aku boleh berfikir. Dalam sejam berlari tu (10km contohnya), aku pikir bab2 kehidupan.

Antaranya bab rezeki dan bab anak.

Aku tahu, ada di fb aku ni ada yg belum kahwin, ada yg dah kahwin tapi anak belum ada rezeki, ada yg mcm aku anak baru satu dua, dan ada yg berlambak dah.

Rezeki ni aku amat percaya Allah bagi tepat pada masanya dan dengan sebabnya.

Mungkin yang belum ada anak tu, Allah bagi rezeki mcm2 boleh gi buat mcm gi berjalan2 dan mcm2 lagi.

Bagi yang ada anak 1,2 tu, Allah turunkan rezeki dapat berhibur dgn anak2 walaupun nak cuti sangat pun sukar sikit sebab anak tengah bersekolah dll.

Ada yg anak berlambak sampai setiap hari berlalu pantas sebab mmg masa nak rehat pun takde sgt. Tapi Allah bagi keceriaan dan kebahagiaan dari segi seronok tengok telatah anak2 dan bila bercuti memang riuh rendah sakan.

Yang tak berkahwin lg pulak, maybe ada mcm2 benda boleh setel mcm jadi youtuber power, bersukan tiap2 hari dan lain2.

Fuh, mcm2 Allah bagi ikut kesesuaian seseorang itu.

Apa tandanya? Tandanya mungkin kita kena bersyukur dan insyaAllah jika kita kehendak sesuatu itu, PERCAYA ALLAH akan bagi punya.

Usahalah lagi sehingga sehabis baik non stop jgn pedulik apa orang kata dan hati kata apa. Lantak pi la. Hang usaha aje jangan putus asa.
Biaq pi dan jalan terus. Usaha untuk capai sambil tu bersyukur dgn rezeki Allah bg setakat ni dan enjoy the life.

Usah tertekan sangat, insyaAllah akan ada sinar satu hari nanti. Jika apa yg diusahakan pun masih belum ada sinar, mungkin kita cuba check balik yg Allah mungkin dah bagi sesuatu yang sangat hebat kat diri kita dah.

Yg penting apa jua berlaku, JALAN TERUS dan teruskan berlari.

Usah toleh belakang melihat kekecewaan dan kesedihan.

Ingat, banyak benda lagi nak buat ni dalam kehidupan ni. Senyum dan keep running!!!

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: