Judgement

Assalammualaikum dan Salam Pagi Selasa16 Feb 2021

Table Bilangan pelajar per subjek yang mendapat A hingga E dan ada satu lagi column Student Unknown.

So each row tu mewakili setiap subjek2. Banyak gak subjek jabatan aku ni kan?
Column kuning dlm gambar tu tandanya student Unknown. Dan column sebelum column kuning tu adalah column bilangan student Failed (E)

Dulu2 aku masa awal2 jadi pensyarah. Atau memang setiap sem aku terfikir.

Part yg paling sukar adalah saat markah student tu benar2 menghampiri lulus iaitu 37/38 per 100 (total carrymark).

Kalau aku naikkan nak bantu 2-3 markah akan menjadi dalam kepala otak aku

“Tak adil pulak depa yg bertungkus lumus nak dptkan markah atas dari lulus”

Tapi if tak bagi pulak, aku terfikir yang aku dah pantau student ni tp problem dia mmg motivasinya rendah dan terpaksa tolong mak bapak.

Terfikir pulak lagi, abih yg lain tak tolong mak pak ke?

Ahhh sudah. Mcm2 beb aku pikir tp memang aku selalu pikir masa zaman2 awal dulu.

Sekarang aje tak lagi mcm tu pikirnya.

Aku bayangkan seseorang itu berbeza walaupun susah ke atau senang.

Masing2 tak sama.

Walaupun diberi hakikat sama kaya dan sama taraf tp mmg setiap individu itu berlainan.

Dalam dunia ni mmg tak adil ke?

Bukan sebab tak adil kot. Tp lebih kepada ujian buat kita.

Sebab tu ujian bukan miskin atau kaya aje. Sihat atau tak aje. Tp ini ujian samada ko nak bagi ke tak markah tambahan kat dia. Berdasarkan hujah2 kat atas.

Aku selalunya memang akan kaji dan tanya jujur2 dulu (if subjek aku), apa sebab dan whatsapp budak yg fail ni. Melainkan aku tau dia mmg sebab sikap dia sendiri.

Kaji sedalam yg boleh dan decide. Sebab tu siasat dulu sumber sahih sebelum menceritakan. Benda ni dulu aku pun sama main taram aje tak siasat. Last2 sedar akan kepentingan menjadi insan yg menurut perintah Allah dan sunnah iaitu siasat dulu dgn terperinci.

Setelah menimbang tara semua keadaan baru aku decide.

Aku tahu, benda ni adalah sesuatu yg sukar dibuat keputusan.

Sebab tu kita ni manusia. Ko start bangun tido aje MESTI dan PASTI dosa ade kita buat. Tapi Pahala pun ada. Cuma kita kene sedaya upaya pastikan Pahala tu lebih banyak dari dosa.

Usah lah kita ckp kita ni tak pernah buat dosa atau “Arini aku baik betul takde buat dosa apa2 pun”.

Sebab tu kita kena mohon keampunan Allah sentiasa dengan berdoa tak kisah lepas solat atau tak.

Itulah hakikat kehidupan sementara ini.

Do your own judgement for your student.

No wrong or right. Just do it. Allah jua mengetahuinya.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: