Salam pagi Sabtu
Homeschooling dan Tak Homeschooling.
Aku perhatikan aje byk status up pasal bab ni.
Byknya orang yang hantar ke sekolah berbanding yang homeschooling aku rase percentage dia sangat tinggi kot maybe 98%? Atau 99%?
Homeschooling ni if kat luar negara macam kat US ni lagi tinggi. 4-5 juta (refer https://www.nheri.org/research-facts-on-homeschooling/). Dan difahamkan meningkat naik semasa Covid ni.
Tapi sebenarnya aku nak ingatkan yang homeschooling ni kalau betul2 yg ada plan yg baik untuk anak2 baguslah. Tp if salah plan mmg ke laut china selatan.
Tak boleh samakan Malaysia dengan USA sebab culture mungkin berbeza dan kehendak industri mungkin berbeza. Jadi parent kena kaji betul2 sebelum buat decision nak hantar anak ke sekolah atau nak homeschooling aje.
Bukan ape, if sekadar suh anak tengok youtube dan belajar tu homeschooling apanya. Lepas tu makbapak sibuk pagi sampai petang nak homeschooling jadah apanya.
Sebab tu sekolah secara biasa ni sangat menjadi pilihan. Boleh aktif dan berkawan dengan pelbagai kawan dari pelbagai agama dan bangsa. Berlatih berkomunikasi dan engage in team building dan lain2.
Kalau homeschooling ko nak balun celah mane benda2 tu. Mak bapak kene rancang dan plan betul2 satu demi satu. Rugi jugak beb sebab byk benda dan kenangan tertinggal zaman sekolah.
Zaman sekolah ni menarik dan menyeronokkan. Bagi aku, rugi besar tak gi sekolah bersembang dan bermain serta dihukum oleh cikgu hahahhaha.
Kat rumah hadapla cikgu online, cikgu dtg rumah dan mcm2 lagi aktiviti sendirian berhad. Tak salah pilihan homeschooling tp jgn menyesal udahla.
Zaman Nabi? Zaman Nabi itu pada zamannya kaedah pembelajaran. Zaman kita ada zaman kita kaedah pembelajarannya. Still sama dari segi kewajiban menuntut ilmu.
Macam dulu kenderaan utama kuda dan unta. Sekarang kereta dan lori. Takkan kat celah2 bandar KL ko nak bawak unta dan kuda. Ikut zamannya.
Jadi, aku membuat kesimpulan yang pensekolahan biasa ini sangat bagus dan tersusun. Sekolah pun pagi aje. Ptg tu korang boleh bawak dia ajar benda yg tak diajar disekolah macam menghafal Al Quran, bersukan renang, memanah dan lain2. Fuhh bagus sgt tu. Disekolah puas belajar bersama rakan2 dan cikgu mencipta kenangan. Kemudian di rumah mencipta kenangan dengan parent pulak.
Ko if homeschooling mencipta kenangan dgn mak bapak + org dtg rumah mengajar ajela.
Bagi aku tu menyedihkan tp lantak ko la dah ko pilih nak homeschooling tanpa plan yg betul.
Nak jugak homeschooling pastikan buat plan yang terperinci. Jangan pula mengadu penat setelah 2,3 bulan buat ye.
