Great Father

Arwah ayah saya dah lama takde. Back in 2008 dia meninggal saat di Pejabat Perhutanan di Kelantan baru masuk ofis beberapa minit.

Awal arwah ayah saya datang. Sekitar 7 pagi lebih dah ada di pejabat. Tugas beliau sebagai Timb Pengarah Perhutanan sana di Kelantan. Beliau juga pernah menjawat sebagai Pengarah di Sekolah Perhutanan dalam FRIM Kepong dan mengajar pelajar2 perhutanan disitu.

Sulaiman Bin Salleh. Timb Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan. Sekitar 2008. Jawatan Terakhir Beliau.

Umur muda. Dalam 51 tahun lebih. Dia kuat merokok (mungkin antara faktor kebarangkalian dia meninggal sebabnya doktor kata meninggal disebabkan Cardiac Arrest).

Tapi walaupun begitu. Bab keje mmg beliau buat dgn betul. Benda tak betul beliau takkan layan. Orang nak bagi Datuk dia taknak.

Dia jugak memang muka garang dan aku tak pernah borak panjang2 dgn bapak aku ni. Just sekadar nak minta duit dan benda2 pengesahan itu aje.

Tp bab duit dia tak pernah kata tak cukup. Aku kat univ patutnya belanja sekian2 if tak cukup dia bank in kan.

Jadi dah hampir 13 tahun dah dari 2008 dia meninggalkan dunia ni.

Memang seorang ayah ni takkan cakap dia tak hebat. Dia akan cuba cari jalan seluruh isi keluarga cukup.

So, kita move forward dan aku pun dah berkeluarga. Aku pun ayah. Aku harap dapat buat mcm dia buat dan improve lagi bab bercommunicate. Aku dulu jarang bercakap dgn mak bapak. Jadi, aku dan wife akan pastikan setiap hari ada sesi borak jika boleh. Gelak ketawa dan lain2 lagi. Bab duit aku akan bagi depa rasa cukup dan sentiasa senang walaupun aku mungkin berkorban masa dan cabaran.

Penat juga ya jadi ayah dan emak ni dan terpaksa selama-lamanya nampak tough di dalam keluarga. Well itu tanggungjawab yg Allah dah mention dalam Al-Quran untuk seorang ayah dan emak.

Semoga Allah merahmati semua ahli keluarga kita dan mereka yang membaca post ni dan diampunkan dosa2 ini.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: