Kita ni hidup berapa lama la sangat. Paling kuat 80-100 tahun. Paling biasa 60-70 tahun. Kalau kita nak kata kaya tu sebagai tanda ukur kita berjaya. Itu bodohlah namanya. Samurai aku ni dia tak kaya pun dan tengah proses membebaskan Jepun dari Mongol. Dia kata dia mati pun takpa asalkan dia berlawan.
Dunia ni, kalau kita sempitkan dan cakap kaya itu berjaya. Itu mmg sangat bodoh. Orang yang berjuang bermati-matian zaman Nabi Muhammad S.A.W. dulu mempertahankan Islam tu tak berjaya ke? Atau orang siang malam jadi frontliner tu tak berjaya ke?
Gaji depa pun cukup makan aje para doktor dan para polis ni. Bolehlah hidup selesa pakai kereta dan beli rumah. Bagi yang makcik atau pakcik guard atau cleaner ke gaji kita tengok sikit lagi dari para professional tp diorang selesa aje kehidupan. Ada la sikit2 bila hujung bulan tak cukup itu ini tapi survive Alhamdulillah sampai dah bersara dan pencen layan cucu dan cerita dengan bangga kerja apa dulu walaupun tak seberapa.
Allah dah susun dah elok2 seseorang tu rezeki tahap macam mana. If hangpa pandang harta tu sebagai berjaya. Masuk kubur sama aje tak dapat bawak dan rasa pun. Lenyap aje waris amik. Allah kira yang amal hang buat aje.
Tak salah nak jadi kaya, janji jangan sibuk menghina mereka tak ada harta seperti si kaya.
Kaya sebenar adalah kaya hati dan jiwa.
Aku Alhamdulillah. Selesa dgn apa yang aku ada. Pangkat dan jawatan Ketua Jabatan aku pegang ni pun nak habis dah Januari 2022. Aku doa sangat2 cukuplah Allah bagi 2 tahun tu nanti dan beri giliran kepada orang lain. Amanah ni berat. Aku tengah jaga dengan elok dan baik. Walaupun elaun aku dapat RM600 tambahan sebulan. Tapi ianya berat dan aku kena pikul dengan jaya.
Aku selesa aku dapat workout, dapat kerja dari rumah sekarang, dapat subscribe takaful insurans, ada kereta dan sebagainya. Tapi takdelah kaya macam geng2 founder produk atau mcm Elon Musk atau Mark Zuckerberg. If terbayang la jugak (tipula kalau takde impian gitu) if aku jadi kaya mcm mana. Hahahah. Tapi aku bersyukur apa yang aku ada ni tak semua pun dapat ke peringkat macam aku. Aku sedar balik ini yang Allah bagi ni dah impian bagi orang lain….
Jadi, jum muhasabahlah diri kot. Kita ni pun banyak jugak buat silap. Sama2 sedar lah kot.
#hamzahasyrani, #kaya, #rotikaya, #sangkaya, #ghostoftsushima
Hamzah
29 Julai 2021
Sebelum workout