Hujung Ogos 2021

Aku sebenarnya menunggu dengan sabar tarikh pertengahan September untuk dos ke dua AstraZeneca. Vaksin ni paling lama menunggu iaitu pada awalnya 12 minggu tapi dikurangkan ke 9 minggu aje atau 2 bulan.

Yang lain Pfizer dan Sinovac kejap aje tunggu 2-3 minggu. So kitorang yg amik AstraZeneca ni terpaksalah tunggu 9 minggu atau 2 bulan melopong tengok aje orang lain yang dah lengkap 2 dos + 14 hari boleh dibenarkan buat macam2.

Aku kat Melaka ni pun bukan yg boleh dibenarkan buat pelbagai aktiviti lagi walaupun ada orang yang lengkap 2 dos dah. Sebabnya sehingga aku tulis artikel ni masih belum sampai lagi 50% yang dah lengkap dua dos + 14 hari.

So basically aku rase dalam pertengahan September barulah dapat Melaka ni yang ada dua dos + 14 hari dibenarkan ada keistimewaan tertentu.

Aku tak kisah sangat sebab selagi aku kene WFH, selagi tu kampus ditutup. Aku mmg mostly berlari dalam kampus aje ataupun Taman Botanikal Ayer Keroh. Tapi malangnya dua dua masih tutup. If yg nak boleh datang pun kampus aku aje tp tu pun kene dtg sekejap aje macam amik barang dan buat keje half day aje atau 4 jam aje. So sebenarnya leh aje dtg tapi takleh kerap dan alasan kukuh. So sebab tu aku tak mohon masuk pun sebab takkan nak mohon tiap2 hari atau selang sehari. So WFH aje dari rumah. Dan mohonlah ke kampus seminggu sekali ke untuk pengemaskinian data jika perlu.

Aku harap, COVID segera berakhir dan PM Baru Dato Sri Ismail Sabri bakal buat perubahan sesuatu.

Buat masa ni aku akan akur dan follow what I need to follow from the university and government.

Kes semalam 20 Ogos pulak dah cecah 23.5k beb. Covid19.

Perdana Menteri baru ke-9 adalah Dato Sri Ismail Sabri dari UMNO

Dan Alhamdulillah selesai juga One Voice FTMK semalam petang.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: