Game dan MRSM

kuatagh

Game (Video Game) dan MRSM

Salam semua. Dari aku K02 MRSM Kuantan.

Aku nak bercerita ringkas bab Game (Video Game). Bila aku sebut bab game ni merangkumi game yg main di Phone, PC atau konsol la (digital).

Semasa aku di MRSM Kuantan, banyak kali jugak aku selalu singgah di cyber cafe dekat IKIP tu. Memang mostly secara tidak sahlah kot keluar malam2 dan gi main. Aku rase ramai aje member aku tahu bab ni dan demi game aku sanggup aje. Waktu siang pun hujung minggu pun akan keluar main game kat cyber cafe jugak dekat Berjaya Megamall tu area atas tu tak pasti ada lagi ke tak cyber cafe tu skg. Tu tahun 2001/2002.

Game dengan aku memang berpisah tiada. Aku memang main dari kecik seusia 3 tahun iaitu dari 1988 kot (aku lahir 1985) dan main guna disket kat dos kemudian ada Windows 3.1, 98 dan sebagainya.

So di MRSM memang keluar gi main game tu aje objektif aku paling utama. Dah mane ada boleh bawak komputer kat mrsm laptop bagai aku mane ade.

Tapi sebenarnya aku bersyukur tak jadi ape2 masa keluar main game secara tak sah malam2 mase tu. Bahaya woo. Mujur aku masih bernafas skg ni tak kene ancaman ape2 dahla keluar sampai ke pagi jam 3,4 kot baru balik (part balik aku tak ingat jam berapa tp mmg dah nak subuh kot). Dan mujur jugak jadi orang.

Jadi apa jadi aku sekarang?

Sekarang aku kat Universiti Teknikal Malaysia Melaka – UTeM. Pensyarah dalam bidang Game kat sini. Aku ajar semua subjek game. PhD aku pun bidang Matematik untuk Computer Graphics. Banyak handle physic for games. So itulah aku sekarang. Aku mmg sepenuhnya dalam bidang aku paling suka. Dan sebagai Head of Department dalam Interactive Media di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Aku bukan bekerja, aku buat apa yang aku suka iaitu terlibat dalam bidang game!! Hehehe. So, jemputlah masuk bidang game di UTeM jika berminat atau boleh pm tepi. Bab Augmented Reality ke, Virtual Reality ke, Extended Reality ke, Unity Game Engine atau Unreal Engine Nanite technology ke boleh aje kita sembang2. Kekekekke. Bab larian lagilah. Mmg aku Alhamdulillah kawasan tertutup yang besar iaitu kawasan universiti untuk berlari.

Aku sertakan gambar2 dulu masa di MRSM Kuantan dan juga terkini aku.

Lupa, wife aku pun orang Kuantan K02. Aku tak kenal dia semasa di MRSM walaupun sebelah kelas aku aje time tu πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: