Oktober 2021

Published on

in

Alhamdulillah.

Semester baru 1-20212022 telah pun bermula semalam iaitu pada 4 Oktober 2021.

Ini InsyaAllah merupakan semester online terakhir sepenuhnya kot dan kebarangkalian sangat besar untuk semester 2-20212022 adalah dalam keadaan normal akan kembali.

Jadi hampir genap dua tahun kuliah dijalankan secara online ada yang pelajar tahun akhir hanya sempat merasa 1 semester lebih sahaja sesi secara normal dan akan kembali ke kampus untuk sesi normal pada akhir semester mereka. Bermaksud untuk program 3 tahun, total 2 tahun adalah secara online. Setahun aje mereka face to face (normal)

Kes semakin turun, ramai semakin sudah divaksin dan keadaan hampir kepada kembali normal.

Aku pulak meneruskan program larian aku walaupun tanpa event. InsyaAllah kebarangkalian besar juga untuk event adalah pada awal 2022 atau pertengahan 2022 akan kembali berlangsung.

Banyak juga program dan task sedang disempurnakan oleh aku buat masa ini. Handle project game oleh pejabat EduTourism TNCPI universiti, dan pelbagai lagi.

Leave a Reply


HA
Hamzah Asyrani Sulaiman
// lecturer · researcher
Computer Graphics Animation Simulation Teaching Research
Teaching · 3D Game Dev, Graphics & Vis
Research · CG, Animation, Simulation
Publishing · Research papers & consultation

Discover more from asyrani.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading