Salam malam dari Iskandar Puteri. Alhamdulillah
Okeh berlepas dari rumah area jam 7.30 pagi terus menerjah ke lebuhraya menuju ke Johor. Awalnya perjalanan mendung kemudian lagi 30 minit nak sampai Skudai dah hujan on off.
Sampai aje Skudai terus singgah makan dulu di Taman Universiti kejap. Kena dalam RM28 mcm tu. Aku makan tengahhari terus la sebab lepas tu nak makan cucur udang nanti.
Lepas aje makan tu kitorang gerak ke Paradigm Mall kejap sementara nak tunggu kedai cucur udang kat Taman Sri Pulai bukak area jam 11.30. Jalan2 dalam Paradigm Mall sambil tengok ice skating diorang and kedai2 butik baju situ. Disamping ada pameran hari Krismas.
Dalam jam 12 terus gerak ke tempat cucur udang tu dan apa lagi siap tapau lagi.



Kemudian lepas makan masuk UTM kejap and jalan2. Lepas setel jalan2 terus gerak nak check in hotel kat Puteri Harbour. Nama hotel ni dah ditukar dari Somerset kepada Trinidad Suites skg ni. Owner baru kata orang kat kaunter tu bila aku tanya.
Kemudian kitorang rehat kejap dan terus ke tempat swimming. Sempat swimming dalam 30-40 minit mcm tu. Puas hati jugaklah. Dalam jam 4 naik ke bilik dan rehat lagi sementara nak tunggu jam 6 keluar jenjalan kat area harbour belakang hotel aje.
Selepas tu terus direct ke tempat makan di Taman Sri Skudai. Makan western dia empat hidangan dalam rm28.50 aje.







Kendian nak cerita skit aku kali ni tidaklah yg membawa kepositifan sangat tapi aku nak kongsi sikit cerita 2003/2004.
Cybercafe Byte and Byte ni beroperasi 24 jam sebenarnya pada 2003/2004 tu. So sebenarnya kitorang amik pakej bayar RM10 untuk main 10 jam. If takde pakej sejam RM2 kot if tak silap. Time tu aku ngan 3,4 org lagi member lagi sambil tumpang member aku yg bawak kereta ke sini. Hahaha. Game yg aku main mestilah Ragnarok Online. Mmg berbulan beb terutama masa tahun 2004 tu kot paling aktif. Tu result aku mmg drop betul. Adeh. Dekat dua sem dapat teruk. Memang teruk sgt huhu. Mujur dpt naik balik.
Selain Ragnarok Online, game yg dimain Counter Strike dan Dota 1 (Dota ni asal sebuah map extension aje dari Warcraft). Kitorang antara yg terawal la main waktu ada map ni.
So pada pertengahan sem 6 baru aku insaf beb baru aku bangkit smp la sem ke 11 (program aku Computer Engineering 10 sem total sebab 5 tahun programmenye dan tambah 1 sem extend)
So begitulah serba sedikit kehidupan dulu.







