Alhamdulillah tiba dgn selamat di KL.
Bertolak dalam jam 11.30 pagi selepas bergambar di UTM kat tasik.
Hangpa memang susah skit nak masuk UTM ni, melainkan sebab kukuh bolehlah masuk. Aku Alhamdulillah dapatlah aku masuk tu pun sekejap aje dia bagi.
Masuk highway area jam 11.30 pagi. Tudia habaq hang jem betul dan sat2 aja ada boleh laju. Sampai Machap dia habaq suh exit. Aku ikutlah jalan dalam exit. Keluaq balik area exit 214 Ayer Itam kot clear aje jalan.
Kemudian aku berenti solat sat kat area Kawasan Rehat Pagoh.
Masuk highway balik dan berenti rehat jap kat area Kawasan Rehat Ayer Keroh makan nasi sat.
Lepaih tu aku straight lagi dan hujan dah lebat time ni dan disuruhnya ikut Elite tapi peliknya suruh exit Bandar Serenia nak ke Kepong. Dari exit Bandar Serenia tu masuk MEX dan kemudian masuk ke NPE. Dari NPE tetibe tembus ke area selepas Muzium Negara. So terus ikut Jalan Kuching lepas tu dan sampailah Kepong. Sebenarnya byk lagi jalan aku kene ikut tp aku taktau nama jalan apa dia ikut. Waze yg bawak aku. Tp mmg hujan beb lebat.
Itulah kejadiannya sampai Kepong jam 5 ptg.




