Selamat Pagi 20 Dec 2021

Salam pagi buat semua.

Semoga pagi ni membawa kemudahan dan kebaikan buat semua. InsyaAllah

Musibah itu anggap ujian dari Allah. Teringat lagi banjir saat tahun 2010 kot kat rumah mak aku kat Jitra, masuk paras dada beb. Barang2 jangan cakap perabot kayu jenis serbuk kayu memang kena buang terus. Yang besi and elektronik survive sebab yang penting korang kena basuh dan biarkan dia kering seminggu dua. Baru boleh guna. Peti ais, TV, and mesin basuh memang boleh guna balik tapi memang kena biar seminggu dua begitu bagi kering. Kereta Alhamdulillah sempat dialihkan dulu iaitu kereta arwah ayah aku. Time tu aku kat Melaka if tak silap aku dah baru start kerja. Mak aku and adik aku kena duduk tempat penempatan sementara sekejap.

Tapi sejak dah surut banjir, mcm2 sinar timbul. Ada ikan boleh pancing, tanah jadi subur dan pelbagai lagi manfaat ada. Itu aje banjir yg berlaku dan Alhamdulillah dah 11 tahun sehingga kini takde lagi berlaku.

Itulah namanya musibah, ada kala wang ringgit dan kekayaan tak boleh beli. If tanah runtuh, tetap sesiapa tak boleh lalu. If lalu tengok la lepas ke tak panjat tanah tu silap2 tergolek masuk gaung.

Banjir pun sama, if nasib tak baik hanyut masuk sungai besar and lemas.

If berlaku taufan flight pun tak lepas.

Dan if sakit, jadilah penghuni tetap hospital walaupun duit berlambak atau sedikit.

Itu tanda kita tiada kuasa. Allah itu Maha Berkuasa.

Usah riak, usah sombong dan usah takbur.

Doa kepada Allah yg Maha Hebat and Berkuasa untuk dimudahkan ujian buat kita dan rasa insaf dalam diri kita ni kerdil.

Btw Tahniah team game kitorang berjaya menarik perhatian Menteri KPT main game yang bakal direlease dalam InsyaAllah bulan 1 nanti. Tahniah Game Director Nazreen Abdullasim, Dan team Kerol, Izzat, Amzar, Riezman dan Amirul.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: