Satu perjalanan yang berdestinasi

Dalam seminggu ni aku dapat pelbagai berita bab kematian. Tp biasalah kematian ini sememangnya satu peringkat dalam kehidupan di mana saat penamatnya ujian2 di dunia ini.

Ada restoran ni, dekat MrCafe bersebelahan balai bolis Taman Tasik Utama, yg berniaga style masakan salai dan ada jugak western. Suami dan isteri. Tp suaminya tua sedikit. Di IG isterinya update suaminya baru meninggal dunia. Aku sering dgn wife makan kat situ masakan salai dia. Selalu tengok suami isteri urus restoran. Arwah (suaminya) selalu duduk bhgn depan kaunter ada meja dgn komputer buat kerja2 accounting mcm tu. Dan isteri jadi cashier and uruskan order.

Kemudian semalam, ada cyclist yg merupakan seorang yg dikenali ramai juga rakan2 fb aku. Wife aku pun kenal, member2 aku pun kenal. Seorang yg aku tengok memang byk rapat dgn semua org. Meninggal dunia semasa berbasikal. Muda lagj.

Bahkan seminggu lebih yg lepas ada aku and wife ada tengok satu reels ni, suaminya menari pakai full suit office dgn kot, menari meraikan wife dia baru selesai konvo. Selidik punya selidik itu reels dia yg terakhir, si suami meninggal dunia tanpa kitorang pun tak tahu sebab walaupun cuba mencari di media sosial siap dpt kesan fb adik si arwah dan isteri. Muda juga..

Dan pada jumaat ptg juga, jiran aku selang 2,3 rumah baru kematian isteri, aku kariah surau so suaminya bgtau sendiri di group whatsapp. Pagi sabtu smlm selamat dikebumikan. Malam ni ada tahlil disurau lepas mahgrib.

Itulah dunia ni, tua ke muda. Satu hari nanti ada destinasi ke alam satu lagi. Menyedarkan aku, untuk suburkan kebaikan lebih banyak dan menginsafkan aku…semoga kita peringat kita ada destinasi lain satu hari nanti.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: