Assalammualaikum,
Aku sekadar ingin memahat dalam memori di laman web ini sebuah kisah perjalanan satu kanser Limfoma yang mak mentua aku tengah berlawan sehingga artikel ini ditulis. Aku nak tulis supaya mungkin dapat berkongsi apa yang aku boleh kongsikan dengan anda semua.
Sekitar awal tahun 2019, aku dan wife mendapati mak mentua aku ada kalanya akan mengalami ketidakselesaan perut. Tapi time tu kitorang pun anggap macam seperti kita sakit perut, maka perlu pergi ke klinik atau ambil ubat seperti kembung, gastrik dan sebagainya. Perkara ini berlarutan sehinggalah menghampiri Oktober-November 2019 di mana ianya semakin kerap gejala ini muncul. Maka pada 7 November 2019, wife aku dan adiknya membawa mak mentua ke KPJ Damansara sementara aku pula pergi ke Level-Up Event di Bangsar South.


Jadi, wife aku dan adiknya bawak maknya ke KPJ dan melakukan pemeriksaan dengan doktor. So peringkat awalnya memang cadang nak buat pemeriksaan nak tengok dalam perut tu (endoskopi) tapi setelah di semak oleh doktor, doktor mendapati ianya bukan di dalam perut atau usus sebagainya sebaliknya di luar. Jadi doktor mencadangkan proses ultrasound. Maka semasa proses ultrasound tersebut, orang yang menjaga dan melakukan ultrasound tersebut mendapati ianya sesuatu yang memerlukan kimoterapi (selalunya barah atau kanser memerlukan kimoterapi). Mak mentua merasakan tak mungkin dan setelah berjumpa doktor, doktor bertanyakan samada mak mentua mempunyai insurans yang cover medical atau tak. Disebabkan mak mentua tiada medical insurans maka doktor menulis satu surat untuk refer mana-mana hospital kerajaan. Setelah itu, mereka pun pulang membawa surat refer tersebut ke rumah.


Pada malam harinya Alhamdulillah kami membuat sedikit event kecil-kecilan untuk besday wife aku selepas settle urusan pada hari tersebut.
Dalam 9 November 2019, aku membawa wife aku dan anak2 serta mak mentua aku untuk join datang ke game convention di KLCC. Time tu pun mak mentua aku tak larat nak jalan sangat tapi digagahi jua. Alhamdullah dapat bawak dan aku sekeluarga tak spend masa lama pun sebab agak ramai jugak orang masa tu. So just bergambar dalam tu dan mak mentua aku time tu duduk di sebuah cafe sementara kami semua masuk ke event dalam tu.



Pada November 22, 2019 barulah mak mentua aku di admitkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan yang terletak di Wangsa Maju.



So, kitorang datang melawat dan stay bergilir-gilir dalam ini selama beberapa hari dan adakalanya datang pagi dan balik malam harinya. Mak aku dari Kedah pun sempat datang untuk melawat juga mak mentua aku pada sekitar 27 november 2019. Dalam 28 November 2019 pulak Ejen Ali keluar filem pertamanya dan sempat tengok di Melawati Mall. Dalam 1 Disember 2019 mak mentua dah dibenarkan keluar dari hospital ini untuk bertukar ke hospital lain pula iaitu HUKM. Hospital ini lebih kepada pemantauan sebelum nanti dipindahkan ke HUKM pula pada pertengahan 2019.
So dalam pertengahan Disember 2019, mak mentua aku dimasukkan ke HUKM untuk proses rawatan kanser yang lebih terperinci. Bermaksud akan bermula fasa kimoterapi selepas ini. Tapi kimoterapi belum dimulakan lagi pada penghujung 2019 dan awal 2020 disebabkan ada beberapa prosedur kesihatan yang perlu disemak dan diteliti terlebih dahulu. Ianya seperti scan MRI, CT Scan dan sebagainya yang aku pun tak sempat nak collect detailsnya. InsyaAllah akan diterangkan pada masa part seterusnya nanti.




