Kita snap kawasan sekeliling rumah kejap. Rumah ini diduduki oleh keluarga aku sejak 2004. Ada dua kali pernah banjir. Masa 2004 tu jugak dan masa 2010. Yang teruk 2010. Lepas tu Alhamdulillah dah tak banjir.
Arwah ayah aku beli masa tahun 2000. Kawasan ini dibangunkan oleh kontraktor sebab tuan tanah kawasan ni nak bahagikan tanah2 dan jual. So bukan lot lidi ni. Lot mmg ada nama. Harga RM160,000 untuk lot tepi ni. Tanah tepi ni mmg luas. Alhamdulillah bagus Arwah ayah aku beli. Dia sempat la duduk sampai 2008 sebelum dia meninggal dunia.
Jadi, bagusnya ada rumah mcm ni bolehlah mak aku luangkan masa berkebun. Macam2 tanaman untuk masakan biasa ada.
Tahun depan genaplah 20 tahun kiranya keluarga aku iaitu mak aku menetap sini.










