Level Penggunaan AI Dalam Coding, Ko Sebenarnya Kat Tahap Mana?

Published on

in

Minggu lepas sorang member share gambar dalam group WhatsApp. Gambar pasal level penggunaan AI dalam coding, dari level 1 sampai level 6. Lepas dia share tu, semua orang dalam group senyap sekejap. Confirm ramai yang tengah reflect diri sendiri masa tu.

Aku pun sama. Tengok gambar tu, pastu tanya diri sendiri, aku betul-betul kat tahap mana sekarang ni? Bukan sekadar nak rasa bagus atau sekadar nak angkat bakul sendiri, tapi nak tengok secara jujur sejauh mana kita exploit tools yang ada.

Satu benda yang nak aku tekankan dari awal, infographic ni bukan standard rasmi mana-mana badan atau persatuan. Ini cuma framework mudah untuk kita faham tahap penggunaan AI dalam coding. Tapi walaupun bukan standard rasmi, dia tepat. Sangat tepat sampai sakit sikit hati bila baca.

Jom kita breakdown satu-satu, dan jujur-jujur sikit dengan diri sendiri.

Level 1: Prompt Assistant

Ni level yang paling ramai orang ada. Termasuk aku dulu, zaman-zaman awal kenal AI tools ni. Cara kerjanya mudah. Ko tanya AI soalan pasal coding, dia jawab, pastu ko copy paste masuk IDE sendiri. Lepas tu sambung buat kerja. Habis cerita.

Contoh klasik: “Eh macam mana nak buat function untuk filter array dalam JavaScript?” Taip dalam ChatGPT atau Claude, dia kasi jawapan, ko ambil, tampal dalam VS Code. Done. Next problem.

Tak ada salahnya pun kat sini. Semua orang memang mula dari sini. AI jadi macam Stack Overflow yang boleh bercakap balik, yang tak reject soalan ko sebab “not enough research effort”, dan yang tak ada orang lain dalam thread tu yang bagi jawapan salah dengan confident sekali. Haha.

Tapi kalau dah setahun dua actively guna AI dan masih kat level ni je, mungkin memang dah masa upgrade sikit cara guna. Bukan salah, cuma ada lagi banyak yang boleh di-explore.

Level 2: Guided Builder

Naik sikit dari level 1. Sekarang ko bukan sekadar tanya soalan spesifik, tapi ko minta AI guide ko step by step untuk setup satu project dari scratch. Dari struktur folder, pilih framework apa yang sesuai, sampai konfigurasi awal semua sekali.

AI jadi macam instructor dalam kelas, dia bagi arahan dan explain kenapa buat macam tu, ko yang execute dalam IDE. Ko masih taip sendiri, masih buat kerja manual, tapi sekurang-kurangnya ada arah tuju yang jelas. Proses belajar pun lagi cepat sebab ada guide yang sabar nak explain berkali-kali pun dia tak marah, tak penat, tak tengok jam.

Aku rasa kebanyakan developer Malaysia yang actively guna AI sekarang ada kat antara level 1 dan 2 ni. Kalau ko salah sorang dari diorang, tu pun dah bagus sebenarnya. Setidak-tidaknya dah mula.

Level 3: Repo Agent

Ni dah lain cerita. Di level ni, AI bukan sekadar jawab soalan atau bagi arahan langkah demi langkah. AI dah boleh baca kod dalam repo ko, faham struktur keseluruhan project, edit fail terus, run test, dan tolong buat commit atau pull request.

Ko pula jadi reviewer. Ko yang check hasil kerja AI, baca perubahan yang dia buat, pastu decide nak accept atau reject. Peranan dah terbalik sikit dari sebelumnya.

Untuk sampai level ni, ko kena guna tools yang betul dengan cara yang betul. Claude Code, GitHub Copilot Workspace, Cursor, semua tu boleh bawa ko ke level ni kalau ko guna dengan serius. Ko kena share context repo ko dengan AI, bukan sekadar paste satu-dua function dan expect dia faham keseluruhan codebase.

Bila dah kat level ni, productivity dah lain sangat. Task yang selalu ambil masa setengah hari boleh siap dalam satu dua jam. Bukan sebab AI buat semua kerja, tapi sebab AI bantu ko focus kat benda yang betul-betul penting dan bukan buang masa kat benda repetitive.

Level 4: Autonomous Agent

Sekarang AI dah boleh jalankan tugasan sendiri. Dia ada access kepada tools, terminal, browser, GitHub dan API. Ko bagi instruction, dia pergi execute, dan dia akan buat decision sepanjang jalan tu dalam lingkungan apa yang ko benarkan.

Ko pula jadi approver dan gatekeeper. Ko kawal akses dan bagi approval untuk tindakan-tindakan yang lebih kritikal. Ko masih ada full control, cuma ko dah tak perlu execute sendiri setiap satu benda.

Bayangkan macam ni. Ko cakap kat AI: “Setup project React baru, buat authentication flow dengan JWT, deploy ke Vercel, dan update README dengan documentation yang proper.” Lepas tu AI pergi buat semua tu sendiri, satu persatu, sambil report balik progress kat ko. Ko pantau, check hasilnya, approve atau redirect kalau perlu.

Ini bukan saintifik fiksyen atau benda yang ada dalam filem. Ini dah boleh buat sekarang dengan tools yang sedia ada. Yang bezanya cuma sejauh mana ko tahu cara setup dan trust the process.

Level 5: Agentic Dev Team

Di sini bukan satu AI je yang bekerja. Ada planner yang plan roadmap dan task breakdown, ada coder yang implement feature, ada tester yang tulis dan run test, ada reviewer yang semak code quality, ada DevOps agent yang uruskan deployment, dan ada documentation agent yang pastikan semua benda documented dengan baik.

Semua diorang ni bekerja bersama macam satu team developer yang berpengalaman. Ko pula jadi macam product owner atau engineering manager dalam team tu. Ko define objective dan high-level requirement, pastu team AI ni yang urus execution dari A sampai Z.

Bayangkan ada team developer sendiri yang boleh kerja 24 jam, tak perlu cuti, tak perlu elaun overtime, dan tak ada office politics. Masih ada limitation dan bukan 100 peratus autonomous lagi, tapi arah tuju memang ke sana dan progress teknologi ni cepat gila.

Level 6: AI Research dan Product Lab

Ni puncak sekali. AI bukan sekadar develop product, tapi dia bantu keseluruhan kitaran dari mula sampai habis. Dari bina, uji, analisis data, dokumentasi, buat eksperimen, sampai cadangan penambahbaikan berdasarkan data sebenar.

AI jadi macam rakan research dan product development. Ko bagi vision dan direction, AI bantu ko wujudkan, analisa hasilnya, dan suggest macam mana nak improve lagi. Hubungan dah lebih kepada kolaborasi daripada sekadar pekerja dan bos.

Jujurnya level ni masih kat peringkat early adoption. Belum ramai yang betul-betul operate kat sini secara consistent. Tapi beberapa syarikat tech besar dan research lab dah mula experiment dengan model macam ni. Tunggu masa je lagi.

Jadi Ko Kat Level Mana Sekarang?

Aku sendiri kalau nak jujur tengah bergerak antara level 3 dan 4. Ada masa boleh sampai level 4 kalau task tu dalam domain yang aku dah biasa dan tools yang aku dah setup dengan betul. Tapi ada juga masa aku turun balik ke level 2 bila deal dengan benda baru yang aku tak familiar lagi.

Dan tu okay. Ianya bukan linear, dan tak semua orang kena kat level 6 untuk jadi productive. Yang paling penting kita tahu kita kat mana, dan kita buat keputusan conscious untuk naik level bila dah ready.

Soalan paling penting sekarang bukan pasal AI ni bagus ke tak, atau AI akan ambil alih kerja programmer ke tidak. Soalan yang lebih relevan adalah sejauh mana ko tahu cara exploit potensi yang ada untuk produktiviti ko sendiri. Sebab kalau ko kat level 1 dan orang lain dah kat level 4, dalam jangka masa panjang, gap tu akan nampak jelas.

Jangan stuck kat level 1 je sebab rasa dah okay. Selesa itu baik, tapi jangan selesa sangat sampai tak maju. Explore lagi, experiment lagi, break benda, belajar dari situ. Tu cara yang paling cepat untuk naik level.

Kalau nak tau cara guna Claude Code atau tools lain untuk move up, boleh roger aku. Happy to share apa yang aku dah belajar sepanjang proses ni.

Leave a Reply


HA
Hamzah Asyrani Sulaiman
// lecturer · researcher
Computer Graphics Animation Simulation Teaching Research
Teaching · 3D Game Dev, Graphics & Vis
Research · CG, Animation, Simulation
Publishing · Research papers & consultation

Discover more from asyrani.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading