Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Dalam beberapa hari lagi saya akan menghadapi peperiksaan staf yang bosan dimana salah satu syarat untuk confirmation sebagai seorang staf universiti. Adapun peperiksaan adalah sesuatu yang sudah lama tidak diambil oleh saya kerana paling latest adalah pada tahun 2008 dan ianya adalah IT Project Management sewaktu mengambil master dahulu. Oh ya, semasa master dahulu, hanya satu subjek sahaja perlu diambil. Yang selebihnya di spent dalam lab.
Antara soalan-soalan yang keluar adalah ciri-ciri seorang staf universiti. Pada hemat saya, inilah soalan yang boleh digoreng habis-habisan tetapi perlu juga diambil tahu sebelum mengorengnya.
Baiklah, jika perlu kita berbicara mengenainya, antara ciri-ciri staf tersebut mestilah taat setia kepada majikan. Dengan erti kata lain, menjalankan tugas dengan jujur dan berbakti kepada majikan iaitu universiti tersebut. Selain itu, staf terbabit juga mesti menjaga nama baik universiti dan bersikap mendokong cita-cita universiti dan memastikan matlamat diri selari dengan matlamat universiti.
Antara lainnya, sebagai staf akademik juga, harus menjalankan perintah-perintah dan juga arahan-arahan oleh universiti. Sebagai pegawai akademik, seharusnya penyelidikan dan pengajaran memainkan peranan penting dalam kehidupan sebagai staf akademik. Pengajaran PNP harus dititik beratkan oleh staf terbabit dalam mendidik anak bangsa sehingga tamat belajar di universiti (pelajar terbabit). Penyelidikan pula harus dijalankan oleh staf akademik terbabit dalam membangunkan nama universiti ke persada Malaysia dan dunia. Oleh itu, sebagai universiti yang membangun, seharusnya perkara ini digalas dengan baik oleh staf akademik terbabit.
Peraturan-peraturan harus diikuti sepanjang bertugas di universiti. Bersifat amanah dan jujur dalam pekerjaan akan membantu memajukan universiti dan akan menjadikan universiti tersebut teguh dan kukuh dalam lingkungan institusi2 yang lain.
Sebagai seorang staf juga, aktiviti kemasyarakatan juga amat penting. Oleh itu, aktiviti seperti derma anak yatim, sokongan kepada negara seperti membantu masyarakat Palestin, dan juga pelbagai aktiviti lain harus diikuti oleh staf staf universiti. Sukan juga merupakan salah satu aktiviti yang mampu menaikkan nama universiti apabila pertandingan Sukan Staf Antara Universiti dipertandingkan setiap tahun.
Didalam penyelidikan pula, adalah satu pencapaian universiti apabila seorang staf tersebut menghantar jurnal yang bersifat high impact ke jurnal-jurnal terkemuka dunia. Ini membolehkan nama universiti dinaikkan dan KPI universiti dipenuhi. Oleh itu, setiap staf akademik dimestikan menghantar jurnal atau menghadiri persidangan-persidangan yang dapat merapatkan lagi hubungan antara universiti dan menjalankan usahasama dari segi penyelidikan dan juga pentadbiran.
Sebagai seorang staf yang berkaliber juga, adalah menjadi tanggungjawab staf terbabit untuk menyelia pelajar-pelajar Sarjana Muda/Master dan PhD (mengikut kelulusan staf akademik terbabit). Ini membolehkan bilangan pelajar-pelajar menghasilkan penyelidikan yang bermutu terus berkembang terutamanya kepada pelajar Master dan juga PhD. Ini membolehkan aktiviti penyelidikan universiti berjalan dengan lancar dan juga teratur.
Seorang staf itu juga harus menunjukkan tauladan yang baik kepada pelajarnya, Sihat tubuh badan dan mampu menyampaikan kuliah dan juga pengajaran dengan berkesan kepada pelajar-pelajar. Staf tersebut juga mestilah matang, mampu mengolah sebarang pendapat dan cadangan dengan baik. Penguasaan staf akademik terbabit dalam bidang atau matapelajaran tersebut mestilah sangat kuat kerana ini membantu penyampaian yang berkesan kepada pelajar dan penyelidik yang lain.
Demikianlah satu artikel yang mungkin agak membosankan tetapi saya sedang berlatih menulis ciri-ciri seorang staf. Mungkin saya boleh mengolah dengan lebih baik lagi dalam peperiksaan tersebut.
Sekian, sebarang cadangan boleh email di asyrani@utem.edu.my
Terima Kasih.