Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.
Kali ini mari kita berbicara mengenai hikmah.
Tak dapat diakui sememangnya apa jua yang kita buat mempunyai hikmahnya tersendiri.
Bayangkan jika setelah kita berusaha sedaya upaya, namun hasilnya adalah sama juga.
Namun, adakah kita akan menyalahkan usaha yang kita lakukan tersebut?
Setiap satu yang baik dan kita usahakan adalah satu ibadah yang kita lakukan kepada Allah S.W.T.
Saya memetik daripada salah satu ustaz yang terkenal yang menyatakan bahawa doa datuk dan nenek atau emak dan ayah yang terdahulu merupakan sebab kita berada dalam keadaan baik pada hari ini.
Bagi manusia biasa seperti saya ini, kita merasa amat lama jika sebegitu.
Sedangkan ianya merupakan satu ujian bagi kita agar sentiasa berbuat kebaikan di dunia ini. Kita tidak boleh meminta-minta tapi kita tidak bersabar dan tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Keyakinan terhadap Allah S.W.T. juga amat penting untuk memastikan doa dan usaha yang kita buat tidak sia-sia.
Bagaimana untuk yakin?
Jika disuruh bos untuk buat sesuatu kerja katakan, jika anda tidak yakin outcomenya, maka hasilnya pasti tidak seberapa.
Tetapi jika anda yakin, ikhlas, berniat untuk membantu majikan anda agar lebih competitive dan maju, maka insyaAllah segalanya menjadi mudah dan anda dapat hasil yang lebih baik daripada secara terpaksa.
Oleh itu, elakkan sebarang kerja yang dibuat secara remeh-temeh. Pandang setiap pekerjaan walaupun kecil, dengan buat bersungguh-sungguh dan tidak main-main.
Pengalaman saya menyaksikan bagaimana ada sebelah pihak berkehendakkan kita siapkan dengan kadar segera dan saya cuba siapkan sedaya upaya kerana saya akui sememangnya milestone sudah tiba.
Sebelah pihak lagi marah kerana seperti menyeksa mereka membuat pekerjaan dengan cepat dengan masa yang sedikit.
Perkara sebenar,
Sebenarnya sudah 2,3 bulan yang lalu saya beritahu pihak atasan C untuk membuat kerja tersebut dari awal. Tapi malangnya nasihat saya yang dibawah ini dipandang dengan mengatakan masih lambat lagi kerana pihak atasan B tidak sebut apa-apa lagi.
Sedangkan saya berpendapat tidak salah kita siapkan awal kerana kita boleh buat benda lain waktu tersebut. Ini kerana pada ketika itu, semua staf yang kumpulan yang sama agak longgar dan ada banyak masa lebih.
Tetapi sekarang bila pihak atasan A tiba-tiba keluarkan arahan berkehendakkan kerja tersebut pada masa yang singkat, maka kelam kabut lah pihak atasan C. maka ada pihak atasan B pun bersependapat dengan saya dimana patutnya dibuat awal2 lagi. Tapi malangnya pihak atasan C tidak ambil peduli saranan saya yang dibawah sangat ini.
Maka saya juga diberitahu pihak atasan C agar siapkan kerja ini kerana segala data berada di pihak atasan C. Saya tidak boleh buat dahulu pada 2,3 bulan yang lepas kerana tiada data.
Sekarang bila saya cuba menghantar mesej agar cepat buat kerja sebab masa untuk siapkan hampir suntuk, saya pula diberitahu oleh orang ramai sebagai “suka sangat memaksa orang”.
Sedangkan bukan salah saya nak paksa buat kerja tapi dah ketua nak cepat sebab dulu taknak buat awal-awal. Akhirnya saya juga yang kena. Motivasi juga jatuh tapi naik mendadak kembali bahawa setiap yang berlaku menjadikan saya kental dan melawan kembali.
Jika salah akan saya terus laporkan kepada ketua paling atas iaitu pihak atasan B.
Setakat ini alhamdulillah kerja tersebut siap walaupun ada sedikit lambat.
Hakikatnya, terdapat hikmah tertentu iaitu tidak semua yang kita harapkan akan berlaku seperti yang kita hendak.
Maka kita hendaklah sering berdoa agar kita mendapat ketenangan dan juga petunjuk agar terus berdoa, berusaha dan yakin dengan kehendakNya.
MOnday 5.55 AM, 25 April 2011