Assalammualaikum,
Terpanggil saya untuk menulis sebuah artikel ringkas setelah saya mendapat dan berfikir bahawa dunia ini semakin hari semakin timbul fitnah dan juga pelbagai perkara yang sangat tidak elok.
Semakin hari semakin banyak fitnah yang muncul dan kita tidak dapat mengagak dengan jelas apa yang berlaku.
1. Adakah televisyen sedang melakukan penipuan dengan mewujudkan satu lakonan untuk memastikan sesebuah pihak berjaya dalam sesuatu perebutan kuasa.
2. Atau adakah kedua-duanya berlakon seolah-olah pihak yang dituduh dan menuduh juga berlakon untuk memastikan pihak yang menuduh tersebut berjaya? Saya juga baru terfikir mengenai perkara ini.
Saya juga sering sekali berfikir apakah minda kita sedang ditipu secara bulat-bulat dan memikirkannya agar kita terpedaya dengan segala usaha televisyen dan pihak yang merancang konspirasi semua ini. Saya mengajak rakyat untuk berfikir sejenak, apakah yang berlaku sehingga ini?
Sering kali kita berfikir, jika kita berjaya naik ke atas mengengam pangkat yang tinggi, maka kita akan berbuat kebaikan sedaya upaya kita. Tetapi tidakkah kita berfikir apabila sebaik sahaja kita memegang tampuk pemerintahan dan wang yang banyak, maka pihak ghaib yang satu lagi iaitu pihak yang berdendam dengan kita hingga hari kiamat akan menyesatkan kita dengan menghantar pasukan yang lebih kuat dan hebat lagi.
Segala dugaan amatlah besar ketika itu kerana itu dugaan kekayaan lebih besar dari kemiskinan. Hanya yang terselamat adalah berkesederhanaan dalam Islam.
Contohnya, jika kita saban hari mendapat wang hingga gaji bulanan adalah ratusan ribu ringgit dan kemudian kita susah untuk membezakan wang sebenar dan wang yang dari sumber yang haram. Wang riba disangkanya hadiah kerana kononnya berkat membuat projek dengan pihak A contohnya, maka pihak A memberikan wang saguhati kerana ianya merupakan hadiah. Tetapi jika difikirkan kembali, pada masa hadapan kita mesti terfikirkan untuk memberi sahaja tender tersebut kepada pihak A tersebut kerana mengenangkan jasa beliau sedangkan ketika itu permohonan untuk tender dibuka dan pihak A tersebut tidak menepati syarat-syarat tertentu. Bahkan pihak B yang memenuhi syarat tersebut. Maka disitu terdetik didalam hati kita := Dimanakah keadilan ketika itu?
Bayangkan anda sudah dibelanja oleh pihak A, sudah rapat seperti sahabat yang sudah bertahun lamanya kenal, maka pasti agak susah anda membuat pilihan.
Contoh seterusnya yang boleh kita lihat sekiranya kita boleh manipulate setiap text dan bersumpah dengannya seolah-olah ianya adalah amat benar. Peguam sangat hebat kerana dapat bermain dengan istilah dan kata-kata dan ini menyebabkan orang terpedaya. Contohnya jika sumpahan berbunyi berikut “Aku bersumpah yang di dalam video tersebut adalah Si Polan Bin Si Polah pada 21st Feb 2011”. Jika dilihat kembali, pada 21st February 2011, Si Polan tersebut dirakam oleh berpuluh video yang lain pada tarikh tersebut dan ini menjadikan sumpah tersebut agak kabur tetapi orang semua sudah terpedaya.
Saya sendiri tidak mahu komen panjang kerana ini melibatkan hal yang saya sendiri agak kabur. Tidak elok perkara ini masuk ke televisyen dan dpancarkan untuk anak2 melihatnya. Sungguh menakjubkan sesiapa sahaja yang memegang media untuk melakukan perkara-perkara yang diingini.
Berikut merupakan tanda-tanda kiamat beserta hadis sahih (Diambil oleh wiki – minta sesiapa arif perbetulkan sekiranya salah, Waallahualam)
“ | Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” – Riwayat Thabrani |
- Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ | Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim |
- Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)[perlu rujukan]
“ | Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar.” – Riwayat Bukhari | ” |
- Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
“ | Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: “Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan”. – Riwayat Tarmizi |
- Memandang rendah kepada darah
“ | Rasulullah bersabda: “Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang bodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya.” – Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad |
- Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
“ | Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun” – Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah |
- Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]
“ | “Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan – Sahih Bukhari[2] |
- Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
“ | Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak” – Hasan At-Tayalisy. | ” |
- Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ | Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – Riwayat Ahmad | ” |
Semoga kita dipelihara oleh Allah S.W.T.
Amin.