Online Learning

Assalammualaikum W.R.T. dan Selamat Pagi semua,

Pada pagi ini, dimana minda saya hampir sarat dengan pelbagai idea mengenai online learning ataupun dalam bahasa Malaysianya “Pembelajaran sacara Maya”, ingin saya kupaskan sedikit mengenainya.

Implementasi online learning ini merujuk kepada satu perkara yang tidak asing lagi di kalangan semua universiti. Apa yang penting ianya melibatkan satu sistem untuk para pelajar mendapatkan sumber nota dan pelbagai lagi daripada pensyarah yang mengajar mereka.

Kebanyakan pensyarah yang sudah mempunyai laman web tersendiri mungkin tidak akan menggunakan sepenuhnya sistem ini tetapi yang penting cara implementasinya yang agak sukar dan leceh berbanding laman web pensyarah itu sendiri. Contohnya seperti saya yang sudah mempunyai laman web sendiri.

Untuk memastikan sistem E-Learning tersebut berjaya, maka perlu diingatkan bahawa kita semestinya memudahkan sebaik mungkin akses ke sistem tersebut. Tetapi malangnya untuk akses ke sistem E-Learning perlu memastikan kita mempunyai login supaya boleh memuat turun nota-nota tersebut. Agak leceh bagi seorang pelajar untuk login dahulu kemudian baru muat turun nota tersebut kerana ini membuang masa.Berbanding dengan laman web saya yang senang sahaja orang akses dengan hanya memberi link dan pelajar tersebut akan klik dan muat turun.

Cara untuk pelajar login dan muat turun agak tidak praktikal lagi pada masa kini kerana semuanya agak lembab dan memakan masa. Kononnya untuk memastikan pelajar tersebut akses dan akhirnya sistem E-Learning itu sendiri tidak bagus dan sistem laman web lagi bagus berbanding sistem E-Learning.

Sistem kongsi perlu dipermudahkan dan bukannya diperketatkan. Nota disimpan dan hanya diberi kepada pelajar nota-nota yang secara pdf (hitam putih) dan tidak secara menyeluruh. Jika anda tidak mahu mengkomersilkannya, apa salahnya bagi terus slide powerpoint tersebut atau paling tidak file PDFnya yang setiap slide tersebut di PDFkan dalam keadaan berwarna dan boleh print out. Ini tidak, print out pun disekatnya, dan slide mereka multiple slide per page dan menyusahkan mereka. Kesian mereka. Mereka ingin belajar tetapi pensyarah yang tamak ini tidak langsung mahu berkongsi sebarang nota dan maklumat. Jangan menyusahkan mereka dan kelak anda juga yang akan susah. Bagi saya, pelajar perlu diutamakan dan apa yang kita dapat, kita kongsinya, dan sekiranya tidak dapat, bagitau mereka cara mencari nota tersebut dan link tersebut. Ini bukannya menyuap tetapi memberi apa yang kita ada dan sekiranya tiada, guide mereka untuk mencari di Google atau di Bing.

Suap = Memberi mereka satu persatu nota/latihan/tutorial yang mereka minta dan kita ada (kerana minta disuapkan)

Memberi = Apa yang kita ada, kita beri. Yang kita tiada, kita suruh mereka cari sendiri sebab kita tiada nota/tutorial/latihan tersebut.

Oleh sebab itu, laman web amat penting untuk kita letak file-file kita supaya mereka boleh muat turun dan bagi sahaja arahan, “Sila muat turun sebarang nota atau latihan atau lain-lain di website saya” dan sudah cukup. Jika tiada mereka cari sendiri.

Mungkin bagi sesetengah pensyarah yang tidak mempunyai laman web sendiri (kerana malas) perlu menggunakan sistem E-Learning ini. Mengapa saya mengatakan malas? Kerana sepatutnya pensyarah berkemampuan untuk melakukan perkara-perkara berikut:-

1) Pengajaran dan Pembelajaran

2) Penyelidikan

3) Penulisan dan penerbitan

Jadi, sebagai akademia, sepatutnya mereka mempunyai laman web sendiri dan banyak website percuma seperti wordpress dan dengan hanya RM50 anda boleh mendapatkan domain unik anda seperti saya http://www.asyrani.com. Persoalannya, adakah mereka bekerja disebabkan faktor hanya mencari wang atau rezeki sahaja dan bukan untuk kepuasan diri? Persoalan ini perlu dijawab oleh setiap pensyarah yang bekerja. Kita kagum dengan banyak penulis blog yang menulis walaupun mereka dari asal usul yang pendidikan tidak seberapa tetapi yang akademia ini duduk diam dan kononnya sibuk dan tak sempat menulis. Tepuk dada tanyalah diri anda siapa yang bagi anda sibuk kecuali diri anda sendiri. Jika masa diatur dengan sempurna, tidak sibuk. Khalifah-khalifah pada zaman Rasulullah S.A.W. juga sangat sibuk tetapi boleh datang melawat rakyat. Mengapa anda pula kata sibuk? Buangkan sifat asyik mengatakan diri anda sibuk sebaliknya cuba rancang perjalanan setiap hari hidup anda

Berbalik kepada E-Learning

Contoh kedua ialah apabila sistem video conferencing yang tidak stabil di negara kita.

Apabila pembelajaran secara Video Conferencing dijalankan di negara kita, didapati kualitinya amat perlahan dan terdapat kekangan teknologi. Ini berlaku apabila saya menghadiri kursus dua hari melibatkan sebuah syarikat terkemuka dan dengan hanya berbekalkan video cam seorang pensyarah ini dan internet secara wireless. Maka agak sukar untuk mendengar dengan jelas dan akhirnya pengajar yang berada di sebuah negara lain hanya bercakap seorang diri tanpa menyedari saya tidak dapat dengar dengan jelas. Amat membosankan dan banyak akademia lain yang juga mengikuti program ini tertekan dengan situasi ini. Sistem internet di Asia Tenggara ini masih lagi ketinggalan bahkan di Malaysia sendiri masih lagi ketinggalan.

Antara kekangan-kekangan lain adalah storage untuk E-Learning itu sendiri. Terdapat sesetengah file tidak dapat di muat naik (upload) akibat kekangan storage online.

versus


Cuba anda lihat comparison diatas. Dimana sebuah syarikat dengan 3 GB free space dengan hanya 90 MB free space. Agak susah bagi seseorang yang dari bidang computer graphics yang ingin upload file 3Dnya yang sangat besar contohnya 300 MB ke dalam file E-Learning. Sudah lapuk storage 90 MB, 200 MB. Sebaliknya, mereka perlu ubah kepada yang lebih besar. Syarikat seperti WordPress contohnya hanyalah sebuah syarikat yang mencari wang secara sendiri (sebagai sebuah syarikat). Oleh itu, sepatutnya sebuah organisasi tersebut pandai mencari wang untuk membeli server supaya boleh meningkatkan online storage bagi staf. Ini semua kekangan dan sebab itu kebanyakkan pensyarah atau ahli akademia tidak mahu guna ulearn. Takkan kita hendak upload document sahaja dan yang lain upload tempat lain.

Sistem laman web yang dibekalkan oleh universiti juga mempunyai storage sedikit dan amat menyusahkan untuk creating dan editing website. Untuk menarik perhatian daripada akademia, mereka perlulah menyediakan sistem web yang bagus dan storage yang besar. Mungkin ada yang mengatakan kita upload ke pihak luar maka data kita berada di pihak mereka. TIdak mengapa sebab saya berniat untuk memudahkan pelajar tersebut dan bukannya menyusahkan. Pilihan mereka lebih bagus dan apa yang diupload adalah berupa bahan ilmiah dan saya juga tidak kisah dikongsi seluruh dunia. Asalkan jangan diupload file-file privasi.

Terdapat pelbagai lagi kekangan-kekangan online learning ini seperti akses lambat, dan pelbagai lagi. Sekiranya lambat diatasi, lambat laun amat sukar untuk kita competitive dengan syarikat luar. Walaupun berbayar, tetapi ianya berbaloi dan amat puas hati. Storage besar, easy access, easy upload and download, dan pelbagai lagi (siap boleh share dengan facebook).

Itulah setakat yang dikongsi bersama. Maaf sekiranya menyinggung perasaan sesiapa. Ini bertujuan memberi pandangan yang mungkin saya salah atau apa yang saya nampak.

Waallahualam.

0723 AM – May 11, 2011 – Wednesday

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: