Salam,
Perkembangan setakat Mac-Mei 2013
Perkembangan setakat 27 March 2013
– Setakat ini kita belum dapat mengenal pasti antara tiga jenis cara kenaikan pangkat seperti yang diumumkan Perdana Menteri.
– Sama-sama kita lihat tahun 2013 ini untuk pembaharuannya.
Perkembangan Terbaru SKIM BAHARU 2013 – Updated June 17, 2012
PDF CADANGAN GAJI DAN ELAUN Gred 1-16
PDF gred 41-54 BENGKEL PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN AWAM hotel classic 14 jun 2012
PDF GRED 27-40 GAJI KUMPULAN 3
PDF BENGKEL TRANFORMASI Shaari
Perkembangan Terbaru 18 April 2012
1. Senarai Gaji Minimum baru untuk Skim Pendidikan.KLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_D
2. Slide JPA berkaitan kenaikan gaji SSM.Taklimat_Kenaikan_Gaji
3. Kaedah Pengiraan.
a) Katakan gaji anda skim N11 (P2T3) adalah RM837.00 pada bulan Disember 2011
b) Maka pada Januari 2012, RM837.00 akan dinaikkan 13% menjadikan RM945.81. (darabkan RM837 x 1.13)
c) Kemudian anda ada Kenaikan Gaji Tahunan pada Januari 2012 juga. Maka akan ditambah RM945.81 sebanyak RM80 menjadikan gaji anda pada bulan Januari 2012 adalah RM1025.81.
d) bagaimana dengan gaji tahun 2013? Maka pada Januari 2013 gaji anda akan dinaikkan RM80 menjadikan gaji RM1025.81 kepada RM1105.81.
Setakat March 31, 2012
Website Pekeliling Baru dan Kiraan Gaji SSM Baru -> http://docs.jpa.gov.my/ssm/#pengiraan
Pekeliling -> pp012012
Setakat March 08, 2012
Doc dari JPA : Majlis_Perhimpunan_08MAC2012
Syukur kita kehadrat Allah kerana perutusan dalam Perhimpunan Khas Penjawat awam Bersama YAB Perdana Menteri 8 Mac 2012, YAB PM telah memutuskan:
1. SBPA dibatalkan dan SSM diteruskan dengan penambahbaikan.
2. Kenaikan gaji 13% diberi kepada penjawat Gred 1-54, Gred Khas/Jusa C-A antara 9%, Turus 1-2 antara 8% dan KSN 7%.
3. Kekananan dalam SSM diteruskan dan gaji mati diperpanjangkan dan ditambahbaikan. PTK 4/4 akan dapat anjakan.
4. Elaun cola luar bandar dinaikkan dari RM200 ke RM250 dan RM100 ke RM150.
5. Kenaikan GAJI tahunan antara RM 80 -RM 320 bergantung kepada gred.
6. Lain-lain diserahkan kepada pihak JPA dan CUEPACS untuk penambahbaikan.
7. Kuatkuasa serta merta 1 Januari 2012 dan tertakluk perubahan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Semoga penambahbaikan dalam SSM akan menggembirakan semua.
Setakat February 17, 2012
Ini perkembangan terbaru.
Disertakan utk rujukan semua.CADANGAN MAAC KE KPT, JAPA DAN CUEPACS UNTUK PEMINDAHAN DAN KEKANANAN GAJI PEGAWAI AKADEMIK DALAM: SBPA DALAM MESYUARAT MAAC DAN KETUA PENGARAH KPT (30 JANUARI 2012,) SERTA MESYUARAT MAAC DAN KSU KPT (31 JANUARI 2012). YANG TURUT DIHADIRI OLEH PRESIDEN DAN SETIAUSAHA AGUNG UTeMASA.
DOWNLOAD KERTAS CADANGAN – MAAC solution sbpa 31jan2012
Ini perkembangan gaji Pensyarah SBPA. Bagi DS45, gaji mereka hanyalah naik sedikit sahaja berbanding DS52 dan DS54.
Slide daripada rakan saya – gaji SBPA_Pensyarah
Bagi yang DS45
Kesimpulan – Dalam masa 11 tahun anda akan sama gaji dengan Pensyarah Kanan
Bagi yang DS52
Kesimpulan – Dalam masa 8 ke 9 tahun anda akan sama gaji permulaan Professor Madya.
Maka seeloknya anda boleh mempercepatkan lagi prosesnya dengan naik lagi cepat apabila berkhidmat 4 ke 5 tahun dan pohon naik pangkat. Lagi bagus.
Updated – Seperkara lagi, SBPA ini baru fasa pertama. iaitu berlangsung sehingga 2014, kelak 2015 ke 2017 adalah fasa kedua dan 2018 ke 2020 adalah fasa ketiga. Akan ada kenaikan gaji dan peningkatan gaji lagi sehingga 2020. Mungkin sekarang gaji anda dinaikkan RM250 setiap tahun, pada tahun 2020 kita mungkin menyaksikan setiap tahun naik sehingga 500 ke rm1000 setahun (mungkin). Tapi biasalah, mungkin semasa itu juga, roti canai + milo panas adalah berharga RM5.00 dan beras pula 10 KG adalah RM100 pula.
Kepada pensyarah-pensyarah kalian, marilah kita bukan sekadar menjadi pensyarah. Bersainglah. Walaupun ada rakan saya melompat hampir dua tahun tetapi berjaya merapatkan gajinya 3 bulan sahaja dibawah SBPA dengan saya. Tetapi saya tidak rasa ada masalah, sebab saya akan bersaing dengannya. Satu perkembangan positif. Ayuh, kita target kita mencapai kemuliaan ilmu ini dan tiada masalah anda target untuk menjadi Professor sebelum umur 40 tahun.
Gaji Professor JUSA C BASIC adalah RM12,000 (sebelumnya adalah RM7,500.00 ++)
Gaji JUSA B difahamkan starting RM14,500 dan JUSA A pula RM16,500 kot. Saya pun tak ingat.
Cara pengiraan
1st) mula2, naikkan gaji anda satu anak tangga SSm. contohnya if skg anda T2, naikkan ke T3 dulu. kemudian cari yg terhampir dgn gaji anda pada SBPA.
Contoh:
Gaji T2 : RM2637.89
Gaji T3 : RM2729.73
Maka Naikkan gaji anda tahun 2011 ini ke T3 iaitu RM2729.73.
kemudian Padankan dengan gaji pada SBPA (ambil yang paling tinggi)
SBPA Gaji
T1: RM2550.00
T2: RM2805.00
T3: RM3050.00
Didapati gaji anda RM2805.00 paling dekat. Maka itulah gaji anda pada Januari 2012 (16 januari 2012).
Kemudian anda ada kenaikan gaji tahunan pada Januari 2012 juga(kebetulan Januari naik gaji)
Maka naikkan satu tangga lagi SBPA dari T2 ke T3 SBPA
Gaji SBPA Januari 2012 = RM2805.00
Gaji setelah kenaikan tahunan = RM3050.00
Sapa yang bulan April, maka wait la bulan April RM3050.00 dan seterusnya.
Untung siapa yang gaji T1 SSM, kerana T1 akan naik ke T2
Iaitu dari RM2546.05 ke RM2637.89 (T1 ke T2).
Cari yang terdekat iaitu RM2805.00
Maka gaji SBPAnya adalah RM2805.00
“Kita serupa = T1 dan T2, T3 dan T4 , dan seterusnya”
Kesimpulan DS45 Gaji SSM T1 dan T2 akan berkongsi T2 SBPA.
SLAID KPT – SILA DOWNLOAD //Tamat Info SHARING IS GOOD AND GREAT
Leave a Reply to Othman Inayatullah PhDCancel reply