Pembelajaran Berterusan

Assalammualaikum dan Selamat Pagi,

Sebelum itu, kita bersyukur kerana kita dikurniakan lagi pernafasan yang sempurna, tubuh badan yang sempurna untuk kita mengerjakan perintah Allah S.W.T. dan seterusnya untuk bersama-sama keluarga tercinta.

Topik yang sentuh pada pagi ini adalah pembelajaran berterusan

Seperti yang kita lihat dari segi topik yang dibincangkan pada pagi ini, ianya menjurus kepada minat kita untuk terus belajar samada secara formal atau bukan formal sepanjang hayat kita.

Kita tidak berhenti belajar setakat PMR, SPM, Sijil atau Diploma, Bachelor Degree, Master dan PhD atau lain-lain lagi. Tetapi kita dikurniakan akal untuk kita terus berfikir sepanjang hayat kita. Pembelajaran berterusan bermaksud sepanjang hayat kita bakal mempelajari pelbagai nilai-nilai kehidupan dan juga ilmu yang bermanafaat kerana Allah S.W.T.

Akal membezakan kita dan juga binatang serta tumbuh-tumbuhan. Dengan akal ini, kita samada boleh menjadi buruk akhlaknya atau baik akhlaknya. Ianya terserah kepada kita untuk menjadi apa yang kita hajati. Dan balasan setiap apa yang kita lakukan akan diberi oleh Allah S.W.T. samada baik atau buruk.

Pengajaran saya pada semester lepas menjadikan saya lebih insaf lagi. Betapa bersyukurnya jika kita sudah melepasi tahap tersebut dengan keputusan yang baik. Semasa belajar dahulu, saya merasakan amat bersyukur kerana begitu meminati setiap subjek dan seterusnya berjaya mendapatkan keputusan yang baik. Ini kerana kita telah menetapkan target kita untuk kita berjaya.

Untuk dikongsikan pengalaman saya semasa belajar dahulu. Semester I dan Semester II 2003/2004 dan Semester I 2004/2005 (8 tahun lepas) saya lalui dengan keputusan yang buruk. Bayangkan saya hanya fikirkan bermain permainan komputer sehingga awal pagi dan langsung mengetepikan pelajaran. Tetapi setelah 3 semester ini berlalu, saya akhirnya sedar bahawa jika saya ingin berjaya, saya harus berusaha keras dan meminati apa yang saya pelajari. Bermulannya semester II 2004/2005, keputusan peperiksaan saya semuanya sangat baik dan berjaya mendapatkan atas 3.00 pada akhir pembelajaran saya iaitu Semester 1 2007/2008. Setelah itu, saya konvokesyen pada March 2008. Menyambung pelajaran peringkat master secara penyelidikan dan tamat belajar pada Jun 2010 (secara amnya, penyelidikan saya tamat September 2009 dan hanya menunggu VIVA pada 25 February 2010).

Berikut merupakan Pointer saya pada setiap semester (Bukan Terkumpul)

Semester I 2003/2004 = 2.61

Semester II 2003/2004 = 2.10

Semester I 2004/2005 = 2.11

Semester II 2004/2005 = 2.62

Semester I 2005/2006 = 3.28

Semester II 2005/2006 =3.51

Semester I 2006/2007 = 3.75

Semester II 2006/2007 = 3.78

Jadi, diatas itu menunjukkan satu perkara; jika kita hendak berjaya, pasti kita akan berjaya. Tanamkan semangat dan teruskan belajar sehingga sekuat mungkin(mengikut kemampuan).

Tanyalah pensyarah selalu, berbincang dalam kumpulan, jangan tamakkan ilmu (tidak berkongsi dengan orang lain), sentiasa cuba mengajar orang lain yang tidak faham dan sebagainya. Prinsip ini harus ditanam dalam diri kita agar ilmu tersebut dimanfaat sebaik mungkin. Dengan cara ini, InsyaAllah, Allah S.W.T. akan menolong kita dan betapa mudahnya kita untuk menerima ilmu yang dipelajari di dalam kelas atau di luar kelas.

Kepada pelajar-pelajar saya, jangan gusar dengan keputusan peperiksaan. Masih ada masa untuk berubah dan seterusnya berjaya dalam kehidupan. Mungkin ini bukan rezeki anda. Tetapi satu anjakan kepada anda agar anda berubah kepada lebih baik. Ianya satu rahmat dan nikmat daripada Allah S.W.T. -> iaitu perlu berubah. Jika anda tidak mendapat keputusan sebegitu, mungkin anda tidak akan berubah langsung.

Sama seperti orang yang mendapat kekayaan dengan cara yang salah dan hanya bergoyang kaki. Mereka akan merasa sombong dan takbur dan seterusnya tidak bersyukur kepada Allah S.W.T. Maka mereka dengan tamaknya mengatakan mereka yang berusaha dan bukannya Allah S.W.T. yang menolong mereka. Sungguh rugi orang sebegini.

Oleh itu sentiasa merasa bersyukur dengan apa yang anda peroleh kerana itu usaha anda. Semuanya ada hikmah tersendiri dan terserah kepada anda untuk merasainya.

Kepada pembaca-pembaca sekalian, semoga anda mempunyai niat untuk teruskan pembelajaran samada formal atau tidak formal.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: