Assalammualaikum,
Setelah 5 hari 4 malam berkampung di Duta Village Resort Kuantan ini, saya mendapati dan mempelajari pelbagai perkara yang menarik dan juga elok untuk difikirkan bersama.
Apabila saya melihat betapa indahnya hidup ini, di mana kita dapat melakukan amal ibadah, bekerja (juga satu ibadah), melaksanakan perintah Allah dalam berkeluarga (juga ibadah), dan berjalan-jalan menikmati alam ciptaan Allah ini (juga satu ibadah).
Pendek kata, dengan nafas yang kita masih ada ini, kita dapat meluangkan masa untuk melakukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh orang yang telah lama meninggalkan kita. Kita merasa amat bersyukur kerana masih lagi ada di dunia ini walaupun dihimpit dengan pelbagai perkara yang mampu mengecewakan kita.
Saya bukanlah seorang ustaz yang layak untuk berceloteh dari segi hukum2 tetapi saya mengikuti pelbagai majlis ilmu samada dari segi agama dan sains dan teknologi juga. Dari situ saya melakukan pemikiran dari segi Islam dan mengaitkannya dengan asal kejadian kita dan berbalik kepada Islam di mana Allah S.W.T. menjadikan sesuatu itu dengan bersebab. Hanya kita sahaja perlu bijak berfikir dan mengetahuinya sepanjang hidup kita. Oleh itu, ilmu Allah S.W.T. ini sangat Maha Luas. Tidak perlu kita berbangga sangat dengan apa yang kita dapat samada Dr. atau Prof. atau apa jua pangkat dan darjat. Itu bukan penentuan seseorang itu lebih rapat di sisi Allah S.W.T. Semuanya adalah terlalu subjektif dan siapa yang tahu? Hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu siapa yang rapat denganNya dan bahkan diri kita sendiri tidak mengetahuinya walaupun sejauh dan sekerap mana kita berusaha sekalipun. Sebab itu kita mesti berusaha dan berdoa sehingga hembusan nafas terakhir untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.
Ketika melawat sekitar pantai2, saya juga mendapati betapa indahnya kejadian alam ini yang membuatkan saya merasa takjub dengan apa yang ada di dunia ini baru. Ini belum disyurga, sungguh tidak dapat di bayang dengan mata dan akal fikiran kita.
Saya mendapat suntikan baru (ada banyak suntikan baru yang saya dapat ketika berada di Kuantan ini), di mana kita semua perlu berusaha sebaik mungkin samada dalam pekerjaan, kehidupan harian dan juga kehidupan akhirat kelak. Ini kerana setiap apa yang kita lakukan adalah samada satu ibadah atau pun satu dosa sahaja. Jika bukan dosa, maka ianya pahala kerana meninggalkan yang dosa. Oleh itu, sedar tak sedar, kita sendiri tidak akan tahu berapa banyak pahala yang kita dapat sebab semuanya memungkinkan ia satu ibadah atau satu dosa. Katakan kita hendak ke masjid dan hendak ke tempat makan terlebih dahulu pada waktu mahgrib. Lebih bagus kita menyempurnakan solat terlebih dahulu dari kita bertolak ke tempat makan. Ataupun jika memilih untuk memakan makanan di rumah dan tidak mahu makan di restoran yang tidak diyakini halalnya, maka insyaAllah ganjaran pahala akan kita dapat sebab meninggalkan perkara yang was-was. Mohon Ustaz atau pembaca di sini memperbetulkan sekiranya ada silap dari segi maksud yang di sampaikan. Apa yang saya ingin sampaikan, buatlah kerja sebaik mungkin, kerja dunia dan kerja akhirat. Balancekan. Pastikan keluarga anda diutamakan berbanding kerjaya anda kerana anda bekerja kerana Allah S.W.T., tanggungjawab anda juga kepada keluarga dan adakalanya anda terpaksa berkorban untuk pergi ke medan peperangan dan berperang.
Bagi saya juga, masyarakat harus sentiasa sedar dengan setiap apa yang berlaku di dunia ini. Terlalu banyak gempa bumi dan juga bencana alam telah menimpa. Semuanya angkara manusia ini yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Manusia jugalah yang merosakkan bumi ini. Perubahan iklim, makan makanan yang menyebabkan kepupusan haiwan,pencemaran alam dan sebagainya. Tidak tahu sampai bila perkara ini akan berakhir kerana syaitan dan iblis itu telah menjanji akan menyesatkan manusia sehingga hari kiamat. Jadi, semoga kita semua dapat melawan kesemua kehendak-kehendak syaitan dan iblis ini dan sama-sama membangunkan Islam dalam dunia ini.
Mengunjungi pelbagai tempat di Pahang ini menunjukkan kepada saya bahawa, banyak lagi tempat-tempat menarik di Malaysia ini yang masih belum dikunjungi. Bayangkan di Sabah kita ada Gunung Kinabalu, Air Panas Poring dan sebagainya. Di Sarawak kita ada Gua Niah, Taman Negara Bako dan pelbagai lagi, Di Semenanjung Malaysia juga terdapat pelbagai pulau dan pantai serta hutan rekreasi yang masih belum kita terokai. Sudahkah kita melawat tempat2 sebegitu? Pendapat saya, boleh sahaja kita pergi melawatnya. Sesetegah orang merasakan kehidupan di negara Barat lebih bagus berbanding di Malaysia. Bagi saya, itu adalah rakyat Malaysia yang lupa diri di mana dia dilahirkan. Tidak salah melancong ke luar negara tetapi tidak perlu bongkak dengan mengatakan negara di sana lebih baik dari di Malaysia. Saya akui saya sendiri belum pernah ke luar selain dari Asean Country tetapi saya boleh aje pergi dan mengumpul wang untuk ke negara-negara Barat, Timur Tengah, dan Eropah. Apa yang saya hendak tekankan di sini adalah, semua tempat boleh kita pergi samada luar negara atau dalam negara. Ianya adalah sekadar satu percutian dan tidak perlu bermegah-megah. Sebaliknya, berkongsilah dengan rakan anda yang tidak dapat pergi dan cuba baginya satu cara untuk pergi ke sana juga. Ianya juga lebih menarik tanpa pemandu pelancong dan hanya berpandukan peta dan menanyakan orang sekeliling. itu yang mat saleh-mat saleh yang datang Malaysia buat. Diorang tiada pemandu pelancong dan semberono sahaja pergi ke tempat-tempat menarik berdasarkan peta dan maklumat web. Tetapi yang paling penting, bawa kredit kad anda dan pastikan dalam akaun bank anda mempunyai duit yang secukupnya untuk pergi ke sana. Itu pendapat sayalah sebab saya tidak pernah lagi pergi ke negara-negara outside Asean.
Tetapi at the end, semuanya sama sahaja. Iaitu tangkap gambar dan membawa balik kenangan-kenangan. Tapi yang membezakan seseorang tersebut adalah cara berfikir. Samada pemikirannya akan menjurus ke Barat, pemikiran yang bermegah-megah, pemikiran yang sangat kritikal, ataupun pemikiran yang mengaitkan alam ini dengan kejadian alam oleh Allah S.W.T.
marilah kita lihat video ini.
[Ditulis pada 6.07 am, June 30, 2011 Khamis]